Abang Musafir

Abang Musafir. Ayat clishe sering berkata “tak kenal maka tak cinta”.

Memulakan penulisan blog pada tahun 2010. Pada mulanya abg Musafir “menjebakkan” diri dalam penulisan berunsur kerohanian dan dakwah. Hanya pada ketika itu sekadar hobi atau suka-suka selepas banyak melibatkan diri dalam program ilmiah. Namun begitu, penulisan abg musafir berhenti seketika pada tahun 2014/2015 atas beberapa faktor seperti komitmen dan kekangan masa.

Sekilas lalu. Abg musafir merasakan perlunya pembawakan secara bersahaja dan ringan untuk masyarakat di malaysia. Dari situ abg musafir terfikir untuk meneruskan penulisan blog kembara yang berilmiah. Bukan sekadar membawa pembaca kepada penulisan dan dunia pengembaraan, malah ia lebih dari itu. Lebih dari sekadar memberikan info berkaitan dunia pengembaraan.

19756673_1351661024870221_1564437419719988104_n

Fokus utama penulisan Abg Musafir ialah “membawa pembaca dan masyarakat lebih dekat mengenal diri dan dunia”. Dunia begitu luas untuk diterokai dan dijelajahi. Kita mungkin perlu mengambil masa yang lama untuk mengembara ke serata dunia yang terdiri dari 196 buah negara keseluruhannya. Setiap negara punyai budaya,masyarakat,kepercayaan,prinsip,undang-undang dan suasana yang berbeza.

Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang. Merantaulah, kau akan dapat pengganti dari kerabat dan kawan. Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang. Aku melihat air menjadi rosak kerana diam bertahan, jika mengalir akan menjadi jernih, jika tidakkan keruh menggenang. Singa jika tak tinggalkan sarang tak akan dapat mangsa. Anak panah jika tidak tinggalkan busur tak akan kena sasaran. Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus berdiam tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang. Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang. Kayu gaharu tak ubah seperti kayu biasa jika dalam hutan

KATA-KATA IMAM SYAFIE

Pengalaman paling bermakna sepanjang Abg Musafir mengembara ialah ketika pertama kali menjejakkan kaki di Baitulmaqdis, Palestin. Suatu yang sangat memberi kesan dalam diri Abg Musafir sehingga hari ini.

1424435_742923069077356_1500942084330237790_n
Tahun 2014 – Baitulmaqdis, Palestin

Setakat ini, Abg Musafir pernah merasai menaiki beberapa penerbangan seperti Air Asia,Malindo Air,Qatar Airways,Etihad Airways,Royal Jordanian Airlines,Biman Air,Malaysia Airlines,Turkish Airline,China Airlines,Saudi Airlines dan beberapa penerbangan antarabangsa yang lain. Ia suatu pengalaman yang sangat menarik bagi Abg Musafir.

Sesungguhnya perjalanan Abg Musafir sebagai seorang blogger masih jauh dan terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari. Impian untuk menjadi blogger yang hebat dan berkaliber adalah suatu perkara yang bukanlah mudah. Abg Musafir akan terus memberikan sesuatu yang bermanfaat buat semua. Menjadi seorang blogger yang terkenal di Malaysia mungkin sukar, namun Abg Musafir harap agar setiap entri dapat memberi input yang baik kepada masyarakat.

Jika umur panjang dan diberi peluang , Abg Musafir ingin menerokai lebih banyak destinasi yang menarik dan mengenal pelbagai budaya di setiap negara. Dunia pengembaraan terlalu luas untuk diperkatakan. Abg Musafir percaya dan yakin berpeluang untuk bekerjasama dengan ramai pihak dalam membawa dunia pengembaraan ini dekat dengan hati kita semua.

“Seluruh dunia memerhati kita saat kita diam, dunia akan bekerja untuk kita bila kita bersahabat dengan mereka, usah bazirkan masa teruskan mengembara” – Abg Musafir.

Kepada keluarga Abg Musafir terima kasih atas sokongan dan dokongan sepanjang penglibatan Abg Musafir dalam dunia pengembaraan ini yang pastinya memberi kesan mendalam dalam diri ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sentiasa membantu selama ini. Selamat membaca blog Abg Musafir.

http://www.abangmusafir.com