Realme 2 Pro : RM1099 | 8gb RAM |128gb |Peranti bajet prestasi flagship.

Kebanyakan peranti bajet di pasaran ketika ini yang berprestasi baik dan seakan peranti flagship adalah harga antara RM1290-RM2390 keatas. Antaranya yang terbaru adalah seperti Oppo F9 , Honor Play , Siri Vivo V11 , Honor 10 dan yang paling diperkatakan ialah Pocophone F1. Rata-rata peranti pintar ini disokong bersama RAM sebesar antara 4gb – 8gb.

realme-logo

Saat ini dunia peranti pintar dikejutkan dengan sebuah peranti yang bukan hanya terdapat ke semua spesifikasi yang ada pada peranti pintar kelas pertengahan , tetapi ia juga dijual dengan harga yang paling murah berbanding peranti kelas pertengahan yang lain iaitu peranti keluaran Realme. Realme merupakan jenama dibawah pengurusan Oppo dan boleh dikatakan adalah keluaran Oppo sendiri (subrand) dan menjadi alternatif untuk peranti bajet rendah dan jimat.

maxresdefault

Realme telah berusaha menjadikan sub-jenama dari Oppo ini sebagai pengeluar peranti yang mesra poket dan dengan jualan harga peranti mampu milik. Jika dilihat pada peranti keluaran Realme ini iaitu Realme 2 Pro , ia dijana dengan Cip Pemprosesan Snapdragon 660 , memori sebesar 8gb ram, dan storan dalaman sehingga 128gb. Walaupun Cip Pemprosesan Snapdragon 660 ini bukanlah Cip terbaru keluaran Snapdragon tetapi prestasi cip ini tidak kurang baiknya. Realme 2 pro juga didatangkan bersama kamera utama 16mp+2mp dan kamera hadapan 16mp bersama bateri sebesar 3500 mah.

AndroidPIT-realme-2-pro-fingerprint-sensor-w782

Daripada segi rekaannya, telefon pintar ini membawakan binaan berasaskan polikarbonat yang mana bagi saya ia dibina dengan sangat kemas walaupun ringkas. Rekaan kerangka ini sekaligus dapat memberikan impak kepada pandang pertama seseorang yang mana apabila dilihat buat kali pertama anda akan sangka bahawa kerangkanya diperbuat daripada kaca dan kelihatan lebih moden, premium dan mahal.

Telefon pintar ini juga hadir dengan rekaan skrin sebesar 6.3 inci beresolusi Full HD+ dengan nisbah 19.5:9. Skrinnya juga telah dibina dengan panel IPS LCD yang dapat memaparkan paparan dengan warna yang cantik dan memuaskan, Pada bahagian atas peranti ini telah diletakkan satu takuk kecil seumpama titisan air yang mana pada takuk ini telah ditempatkan kamera hadapan, sensor proximity dan speaker untuk peranti ini.

img_20180926_124519

Dengan rekaan takuk kecil pada bahagian atas telefon pintar ini, ia sekaligus dapat memberi ruang yang lebih luas untuk paparan anda.

Bagi pengemar permainan video seperti PUBG , peranti ini mampu menjalankan permainan video dengan tetapan grafik yang tinggi tanpa sebarang masalah atau lagging. Sudah tentu ia memberi suatu berita baik buat anda.

3127

Dari sudut pengambaran pula , kamera utama peranti ini hadir dengan aperture f/1.7, 1/2.8″, 1.12µm dan Sony IMX398 manakala sensor kedua pula hadir dengan sokongan f/2.2 yang digunakan untuk menghasilkan efek bokeh yang cantik dan kemas.

Pada bahagian kameranya juga telah disertakan sekali dengan sistem penstabilan elektronik (EIS). Sistem ini memberi peluang kepada anda untuk menghasilkan gambar yang cukup baik walaupun kedudukan ketika anda mengambil gambar kurang stabil. Hal ini kerana sistem EIS ini dapat membantu anda untuk mengurangkan kesan gegaran ketika anda mengambil gambar.

realme_2_pro_ra_mat_snapdragon_660_ram_8gb_gia_tu_192_usd_3

Untuk penggunaan aperture sebesar f/1.7 pula, gambar yang terang dan tajam dapat dihasilkan walaupun anda berada di persekitaran yang gelap. Hal ini sekaligus dapat mengurangkan kesan (noise) pada gambar tersebut. Warna dan kontras yang dihasilkan juga kelihatan agak semula jadi dan memuaskan untuk kegunaan harian.

Untuk kamera hadapan pula, telefon pintar ini menggunakan sensor 16MP dengan bukaan aperture f/2.0. Kamera swafotonya juga dapat menghasilkan gambar swafoto yang jelas dan memberikan efek seakan Beautify walaupun fungsi Beautify pada kameranya sudah dimatikan. Kamera swafotonya juga dapat memberikan efek bokeh sekiranya anda mahu. Dengan kehebatan fungsi kamera swafoto ini, ia dapat membantu anda untuk menghasilkan gambar yang lebih baik dan tidak keterlaluan.

Namun begitu agak sedikit mengecewakan dimana peranti ini tidak didatangkan dengan pengecasan pantas dan hanya hadir dengan pengecasan sebesar 10w sahaja. Pengecasan peranti dari 0%-100% mengambil masa sekitar 2 jam 18 minit dan bagi pengecasan penuh ia mampu bertahan dengan bacaan Screen on Time selama 6 jam 20 minit. Bagi saya ia suatu yang agak bagus dari sudut ketahanan bateri dan pengunaan seharian yang berat.

Realme-2-Pro-Malaysia-price

Kalau ditanya kepada saya adakah peranti pintar ini berbaloi pada harganya ?. Jawapan saya adalah sangat berbaloi. Dengan harga RM1099 anda akan mendapat sebuah peranti pintar yang disokong bersama 8gb Ram dengan storan dalaman sebesar 128gb bersama cip pemprosesan snapdragon 660 , ia suatu yang sangat murah dan mampu milik. Ditambah dengan prestasi yang memuaskan. Peranti ini wajib dimiliki !.

Realme 2 Pro (4GB RAM / 64GB storan) – RM849
Realme 2 Pro (6GB RAM / 64GB storan) – RM949
Realme 2 Pro (8GB RAM / 128GB storan) – RM1099

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s