Isu Restoran Halal yang TAK HALAL di Osaka, Japan.

Baru-baru ini heboh dan hangat dibicarakan di media sosial terutamanya di facebook berkaitan penularan dan pendedahan penipuan restoran halal yang rupanya tidak halal di Osaka, Japan. Secara umum ramai sedia maklum bahawa komuniti muslim di jepun adalah minoriti dan jumlahnya amatlah kecil. Sudah tentu untuk mendapatkan makanan halal bukanlah “sangat” mudah untuk didapati di jepun. Namun begitu tidaklah begitu sukar untuk mencari yang halal kerana terdapat juga muslim berbangsa arab, india, rakyat indonesia malahan rakyat malaysia juga turut membuka restoran halal di jepun.

Logo-HALAL-Japan-JAKIM

Bagi mengenalpasti sesebuah restoran di jepun menjual makanan halal ataupun tidak, pihak JAKIM telah melantik beberapa buah badan / pertubuhan seliaan status makanan halal di jepun. Hanya kedai atau restoran yang menepati piwaian halal yang telah ditetapkan sahaja akan mendapat sijil halal dari badan yang berkaitan.

Beberapa bulan yang lepas, saya sendiri pernah menulis sebuah artikel tentang makanan halal di osaka dan saya juga ada berkongsi berkaitan sebuah restoran halal yang agak terkenal di kalangan rakyat Malaysia yang pernah ke Osaka iaitu Vitti Halal Cafe. Lokasinya tidak jauh dari Namba Station dan hanya bersebelahan dengan Vitti Lodge. Korang boleh tengok link ini (klik sini)

FB_IMG_1544238819719

Saat tersebarnya gambar diatas ini, saya sendiri agak terkejut dan ingin mengetahui lebih lanjut apa yang sebenarnya terjadi dan kisah disebalik berita ini. Ia bermula dengan pendedahan dari salah seorang bekas chef di restoran ini yang merupakan rakyat Malaysia. Pendedahan tersebut adalah berkaitan dengan status halal yang diragui berikutan beberapa insiden dan bukti yang dijumpai oleh pekerja dan chef di restoran ini (sebelum mereka berhenti dari terus bekerja di restoran ini).

Mengikut laporan yang diterima serta aduan dari bekas chef dan pekerja di restoran ini, mereka menjumpai daging halal yang diproses bersama-sama dengan daging babi dengan mengunakan peralatan mesin yang sama. Sudah tentu ia menjadi suatu yang diragui kerana yang halal telah dicampur dengan yang haram tanpa proses yang sepatutnya. Dalam masa yang sama, sijil halal yang dipamerkan di restoran juga turut diragui.

FB_IMG_1544239588626

Isu ini turut mendapat liputan media massa di Malaysia. Korang boleh baca di link (klik sini) Saya sendiri pernah ke Restoran ini sekitar November 2017 dan March 2018 serta menginap di Vitti Lodge yang pengunjung dan penginap disitu rata-ratanya adalah pelancong dari Malaysia.

Dengan timbulnya isu seperti ini sudah pasti ia memberi kesan dan perspektif tidak baik dari kalangan pelancongan muslim khususnya terhadap industri pelancongan jepun yang dilihat kini giat mempromosikan pelancongan mesra muslim. Kegagalan menangani isu yang berkait mungkin membuatkan pelancong dari kalangan muslim turut was-was terhadap status halal restoran yang lain.

bibi

Bagi saya untuk memilih hidangan yang halal dan makanan yang halal di jepun tidaklah begitu sukar. Terdapat beberapa buah restoran arab, turki dan indonesia jika anda berada di pusat bandar contohnya di osaka. Jika tidak yakin maka pilihan utama saya adalah makanan seafood yang ringkas seperti Onigiri (nasi kepal) yang ada dijual di 7-Eleven , Dawson dan Family Mark sekitar osaka. Jika mengikut info , rakyat jepun memasak seafood mengunakan minyak berunsur tumbuhan (minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak jagung) dan minyak berunsur binatang hanya digunakan bagi tujuan masakan selain seafood. Kalau tak yakin juga, bawalah makanan dalam tin dari Malaysia  dan masak sendiri inshaAllah PASTI HALAL .

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s