Microsoft Surface Go memudahkan urusan anda.

Akhir-akhir ini pengeluar berjenama eletronik dan telefon pintar dilihat berlumba-lumba memperkenalkan model terbaru masing-masing. Perlumbaan dalam mengeluarkan telefon pintar dengan spesifikasi terbaru terutamanya melibatkan kemampuan kamera adalah dilihat menjadi fokus utama. Ini selari dengan “trending” terkini di media sosial dimana generasi kini lebih gemar mengambil gambar dan meletakkannya di dalam media sosial. Persaingan yang baik antara pengeluar berjenama terkenal seperti Huawei , Samsung dan Oppo begitu hebat menggunakan “dual camera” di telefon pintar keluaran mereka.

Microsoft juga dilihat tidak mahu kalah dalam suasana kehangatan ketika ini. Walaupun microsoft bukanlah pengeluar telefon pintar yang popular jika dibandingkan dengan Samsung mahupun Apple. Mereka mempunyai fokus tersendiri dengan menghasilkan tablet terbaru iaitu “Microsoft Surface Go”.

2

Microsoft Surface Go merupakan tablet-komputer terbaru daripada Microsoft. Ia hadir dengan spesifikasi asas, dan dilengkapi skrin bersaiz 10-inci. Melalui Surface Go, Microsoft dilihat ingin bersaing dengan pasaran iPad Pro, dan pada masa yang sama memberikan alternatif kepada pengguna yang meminati peranti berasaskan sistem operasi Windows. Microsoft Malaysia menawarkan dua variasi Surface Go untuk pasaran tempatan. Variasi pertama hadir dengan cip Intel Pentium Gold 4415Y, dijana memori 4GB RAM, dan dilengkapi storan berasaskan eMMC bersaiz 64GB. Model ini ditawarkan pada harga RM1749 di Malaysia.

Variasi kedua pula turut hadir menggunakan cip pemprosesan sama, tetapi dilengkapi memori 8GB RAM dan storan bersaiz 128GB SSD. Model ini ditawarkan pada harga RM2399 di Malaysia. Kedua-duanya membawakan skrin bersaiz 10-inci pada resolusi 1800×1200 pixel dan dilengkapi sokongan input berasaskan stylus melalui Surface Pen. Surface Pen ini perlu dibeli secara berasingan pada harga RM281.

maxresdefault

Microsot turut menawarkan papan kekunci Surface Go Type Cover pada harga RM399, selain tetikus khusus pada harga RM178.

0_0_900_0_70__News_a22846a66a9efc6e928501b2d30471a4-768x768

Kesemua produk Surface Go ini boleh dipra-tempah melalui kedai atas-talian rasmi Microsoft di Lazada hari ini.

Rujukan link pra-tempah :

Pra-Tempah : Surface Go 4GB/64GB eMMC RM1749

Pra-Tempah : Surface Go 8GB/128GB SSD RM2399

Pra-Tempah : Aksesori Surface Go

#Microsoft #SurfaceGo #TabletPC #Terbaru #AbangMusafir

One Comment Add yours

  1. Salam tuan. Penggunaan yang tahap bagaimanakah yang sesuai untuk Microsoft Surface Go ini ?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s