Salji turun di Bolu Von Resort

Saya semenjak dari kecil lagi antara impian saya ialah bangun pagi dengan suasana disirami salji yang turun nyaman. Inilah yang dari dulu lagi saya bayangkan dan ingin agar ia menjadi kenyataan suatu hari nanti. Antara filem yang paling saya minati ialah Home Alone 1 dan Home Alone 2 kerana di dalam filem ini dipaparkan suasana di luar negara (tak silap saya dalam filem itu lokasinya di amerika, samada di New York/Chicago). Ada beberapa babak dalam filem itu menunjukkan salji turun renyai diwaktu pagi dan salji yang tebal menyeliputi sekitar kawasan rumah. Orang selalu kata bahawa “berkhayal” tidak akan menjadikan apa-apa. Bagi saya “melakukan sesuatu maka anda akan mendapatkan hasilnya tetapi bermimpikan sesuatu ia akan membawa anda segalanya dan kemana sahaja”

Tiba saya di Bandar Bolu , Turki yang terletak lebih kurang 150-200km dari Istanbul dan 600km dari Cappadocia disambut oleh ribuan pepohonan menghijau. Bolu adalah antara kawasan tanah tinggi di Turki. Saat musim sejuk/salji , cuaca dan suhu disini boleh mencecah sekitar -5 diwaktu malam dan pagi. Saya tiba sekitar 8 malam di Bolu dari Cappadocia. Perjalanan mengambil masa yang agak lama iaitu 6-7 jam dari Cappadocia-Bolu tanpa henti. Sesuatu yang amat memenatkan namun saat saya tiba di Bolu kepenatan itu hilang. Suasana di Bolu amat nyaman. Saya menginap di sebuah resort iaitu Bolu Von Resort bersebelahan dengan Bolu Kent Ormani (sebuah kawasan hutan dan kem perkhemahan). Resort ini dihiasi landskap dipenuhi pokok dan jalan-jalan kecil di celahan antara blok penginapan. Setiap blok memuatkan 3-5 buah bilik sahaja dan jika dilihat dari luar seakan-akan sebuah rumah dipisahkan oleh jalan antara satu sama lain.

60900176

Cuaca pada malam itu agak sejuk sekitar -4 , jadi saya mengambil keputusan untuk hanya berada di dalam bilik sahaja dan berehat. Disini juga terdapat cafe untuk anda menikmati makanan masyarakat bolu dan kebanyakannya kena dengan selera kita.

6AD85C7C-54CF-40DD-9387-7B3C378ECC7A
Di hadapan restoran

Harga sebilik disini ialah antara RM250 hingga RM400 bergantung pada musim tertentu. Kebiasaan musim sejuk lebih murah jika dibanding dengan musim bunga. Di dalam bilik terdapat juga pemanas bagi memberi keselesaan kepada anda saat musim sejuk. Saya memilih untuk menginap di resort ini kerana ia terletak di atas kawasan berbukit dan dikelilingi alam semulajadi yang menghijau. Saya sempat memeriksa di ramalan kaji cuaca 2 hari sebelum tiba di sini. Boleh dikatakan hampir setiap hari salji dijangka turun disini. Kebetulan ramalan kaji cuaca menyatakan disebelah pagi keesokan harinya selepas saya tiba disini salji dijangka turun. Disebelah malam ketika saya tiba di Resort ini , hujan turun renyai hampir sepanjang malam sehingga subuh keesokan. Pada jam 7 pagi saya keluar untuk ke cafe dan salji turun lebat. Salji turun dari jam 7 hingga 10 pagi menyebabkan kawasan sekitar resort penuh dengan salji yang tebal.

Kawasan resort ini memang sangat luas. Anda boleh cari “port” ambik gambar yang sangat “owesome”. Menu sarapan pagi disini berkonsepkan “open buffet” dari jam 7 pagi sehingga 10 pagi. Makanan juga sangat banyak jadi anda tak perlu risau jika terlewat makan dek kerana main salji tak sedar diri. Haha.

This slideshow requires JavaScript.

Bagi saya resort ini adalah pilihan tempat bagi mereka yang memilih pengembaraan yang santai dan rileks. Suasana yang nyaman. Menu makanan yang sedap dan bilik yang selesa (pemanas tersedia) menjadikan percutian saya di sini sangat memuaskan.

http://www.abangmusafir.com

#abangMusafir #BoluVonResort #Turki

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s