Angin bayu Selat Bosphorus : Chai dan Kek di Topkapi Palace

Kalau bercerita tentang turki memang tidak akan pernah jemu dan meniti di bibir mereka yang pernah mengembara ke bumi ini. Kecantikan muka buminya , keunikan sejarah dan masyarakat turki menjadikan ia sebuah negara yang indah untuk dihayati. Tentu sekali pengembaraan saya ke turki adalah suatu yang akan diingati sampai bila-bila dan sudah pasti perasaan ingin kembali menjejakkan kaki ke bumi Al-Fateh ini sentiasa ada.

Setiap perjalanan dan pengembaraan ada penghayatannya. Setiap dari kita ada cara penghayatan tersendiri dalam menjadikan sebuah pengembaraan itu bakal dirindui dan bermakna. Bagi saya , menikmati makanan di turki sambil menghayati panorama dan pemandangan indah adalah suatu yang wajib jika berada di turki. Muka bumi di Turki terutama di Istanbul , bandarnya dipenuhi bangunan bersejarah tinggalan empayar besar dunia suatu ketika dahulu seperti Rom, Bizantin dan Uthmaniyyah. Bangunan bersejarah ini terasa lengkap dengan muka bumi Istanbul yang berbukit dan mempunyai selat yang panjang dan luas. Pengasingan antara Istanbul Eropah dan Istanbul Asia oleh selat Bosphorus menjadikan pemandangan bertambah menakjubkan jika anda berada dari atas Topkapi Palace atau Istana Topkapi.

IMG_20180719_145545
Di sebuah cafe di dalam bosphorus

Topkapi Palace atau Istana Topkapi secara ringkasnya merupakan sebuah istana yang digunakan oleh kerajaan Uthmaniyah dibawah Sultan Mehmet Al-Fateh sebagai Pusat pentadbiran kerajaan ketika itu. Kini kawasan ini dijadikan muzium dan antara tempat utama para pelancong datang melawat. Bagi anda yang memasuki Istana Topkapi ini , sudah pasti anda mencari “port” yang cantik untuk bergambar dan berehat. Terdapat satu cafe di dalam Istana ini yang tidak jauh dari Pintu Gerbang masuk Istana. Dari dalam istana anda perlu lihat pada Signboard “cafe” dan cafe ini terletak agak kebawah sedikit dimana anda perlu turun menggunakan tangga. Biasanya jika anda ke Istana Topkapi ini anda perlu mengambil masa sekitar 2 hingga 3 jam bagi anda merasai pengalaman sebenar di dalamnya. Tentu sekali di dalam tempoh itu anda ingin mencari kawasan berehat sambil menghayati pemandangan yang indah.

IMG_20180701_150602

Dari restoran ini anda dapat melihat keseluruhan selat Bosphorus dari puncak bukit kerana Istana ini memang terletak diatas bukit di tepian selat bosphorus. Waktu yang paling sesuai berada disini adalah sekitar 8 pagi hingga 11 pagi kerana ketika waktu ini cuaca agak redup dan sesuai untuk aktiviti luar bangunan. Selepas selesai meneroka seluruh kawasan istana , saya menghabiskan masa sekitar satu jam disini sambil menikmati Chai (tea turki) yang berharga 6 lira dan Kek Chocolate Strawberi yang berharga 8 lira. Sambil menikmati hirupan chai bersama potongan kek memang cukup menenangkan saat ditemani pemandangan Selat Bosphorus dihadapan mata anda.

This slideshow requires JavaScript.

Restoran ini jarang dipenuhi orang pelancong terutamanya kerusi di bahagian luar restoran. Kebiasaanya pelancong yang hadir akan duduk di kerusi yang terletak di dalam ruangan berkaca kerana kurang sejuk berbanding di luar . Saya memilih untuk duduk di kerusi dan makan di meja yang disediakan di kawasan terbuka kerana pemandangannya lebih menarik. Jika anda tak tahan sejuk , apa kata sambil berehat sambil minum chai (tea turki) panas memang ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s