Tea Tarik dan Roti Canai di Osaka,Jepun.

Siapa kata berada di bumi asing tak dapat bersarapan dengan menu citarasa Malaysia. Memang itulah yang rakyat Malaysia inginkan. Melancong ke negara orang memang seronok tetapi bila bab makan semua orang akan cari makanan yang kena dengan lidah dan tekak citarasa Malaysia. Kalau di Jepun , makanan seharian orang jepun ialah Ramen dan Nasi. Walaupun Ramen (Mee) dan Nasi ini bukanlah asing bagi rakyat Malaysia tetapi rasa setiap hidangannya mungkin ada yang tidak kena dengan tekak orang Malaysia. Mungkin masih boleh di makan tetapi kalau setiap hari asyik mengadap benda yang sama mesti tekak kita terasa ingin mencari hidangan ala-ala Malaysia.

Hidangan masakan Malaysia tidak lari dengan rasa pedas,berlemak,manis dan pedas. Kalau anda ke Turki memang satu azab bagi mereka yang tidak biasa lari dari kebiasaan makan makanan yang tidak masin dan pedas. Makanan di Turki kebanyakannya sangat ringkas , tawar apatah lagi pedas. Paling yang boleh ditelan pun ialah Shawarma/Kebab.

Entri kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya berada di Osaka seakan berada di Malaysia. Tentu sekali hidangan yang ada ini membuatkan anda akan rasa nak menetap di Osaka. Di tengah-tengah bandar Namba yang dikelilingi warga Osaka memang bukanlah mudah anda untuk menjumpai menu makanan Malaysia terutama untuk sarapan pagi. Restoran ini mungkin membuatkan anda dapat bertahan di bumi asing. Restoran ini terletak 800 meter dari Stesyen Subway Namba dan jika anda berjalan kaki hanya mengambil masa dalam 10 minit sahaja.

054b68749fb66a4f7e9e430a06e4029e

Vitti Halal Cafe & Restaurant merupakan restoran milik seorang rakyat Itali yang menetap di Osaka. Anda boleh periksa status halal restoran ini di link ini (klik). Restoran ini menyajikan makanan Halal untuk sarapan pagi , tengahari dan malam. Apa yang menariknya disini terdapat menu sarapan Malaysia yang memang anda tak percaya dapat menikmatinya di tengah bandar yang pesat di Jepun.

Anda jangan risau jika anda tak larat untuk berjalan kaki dari Namba Station ke Restoran ini , mereka ada menyediakan pengangkutan secara percuma untuk mengambil dan menghantar pulang ke Stesyen semula sebelum dan selepas makan disini. Kalau rasa malas juga nak makan di restoran ini , anda boleh memesan makanan untuk dihantar ke penginapan anda di Osaka yang jaraknya 1km dari restoran (boleh hubungi pihak restoran dan bincang dengan mereka).

Tukang masak disini juga adalah berbangsa Melayu dan Muslim. Jadi makanan disini memang citarasa Malaysia dan kena dengan tekak kita. Pemilik restoran ini memang ramah orangnya. Namanya Mr Vitti (klik sini). Restoran ini memang meriah dengan kedatangan pelancong terutamanya dari malaysia.

Selain dari makanan Malaysia , terdapat juga makanan jepun dan Itali (western) disini. Bukan setakat anda boleh makan disini , mereka juga ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan sewa untuk pusing-pusing Osaka , Kyoto, Nara dan lain-lain. Kalau ingin pengalaman berbasikal di Jepun , disini juga terdapat sewaan basikal. Tentu sekali semua ini akan membuatkan kita seakan berada di bumi Malaysia.

Website : Vitti Halal Cafe

Semoga entri ini bermanfaat buat anda semua. Selamat melancong.

http://www.abangmusafir.com | #Abangmusafir | #TravelJapan | #TourismJapan

One Comment Add yours

  1. farahain zfa says:

    wowww mesti terus berselera kann sebab ade makanan a taste like Malaysia! gituww …

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s