Pekena Sotong kembang kuah campur di Restoran Nasi Lan Kedah , Putrajaya.

Kali ini Abang Musafir berkesempatan makan tengahari di Restoran Nasi Lan Kedah di Putrajaya. Kebanyakan dari kita sedia maklum Nasi Lan Kedah ini adalah peniagaan yang berasal dari bumi negeri yang digelar Jelapang Padi iaitu Kedah Darul Aman dan antara Nasi lauk campur yang sangat terkenal di kedah kini merebak hingga ke Putrajaya (saya pun terkena kesannya sekali). Cuma kali ini saya berpeluang untuk singgah makan disini. Sebagai peminat nasi Kandaq kuah campur , pernahlah juga sebelum ini pekena Nasi Kandar Line Clear di Kampung Baru , Nasi Lemak Royal di Ampang, Nasi Kandar Deen Maju dan ada lagi yang lain-lain.

IMG_20180709_145044

Buat pengetahuan anda semua , Restoran Nasi Lan Kedah di Putrajaya ini merupakan cawangan yang baru dibuka sekitar bulan march tahun ini (2018). Lokasinya di Presint Diplomatik Putrajaya berdekatan Mydin Bazaar Putrajaya dan bersebelahan DIY. Jika anda dari Bangi akan ambil masa dalam 15 minit dengan menaiki kereta dan kalau dari Kuala Lumpur dalam 30 minit.

Waktu operasi restoran ini adalah dari 10 pagi hingga 10 malam. Hujung minggu selalunya restoran ini akan sesak dengan orang terutama waktu tengahari dari jam 12 sampai jam 3 , dan kalau anda ingin datang pada hari isnin – jumaat maka saya sarankan anda datang selepas pukul 2 bagi mengelakkan keadaan yang sesak dan anda tidak perlu beratur panjang. Meja juga banyak disediakan.

Sudah tentu menu yang paling popular disini ialah SOTONG KEMBANG. Kebanyakan pelanggan yang hadir disini pasti akan mencuba sotong 6 inci kuah sambal. Sotong ini dimasak dengan sambal dan rempah yang pekat menjadikan hidangan sotong kembang ini wajib dicuba. Selain Sotong , terdapat juga menu yang lain ayam , daging, ikan dan ulam-ulaman. Oleh kerana Sotong Kembang antara menu lauk utama disini , maka saya telah mencuba Nasi bersama Sotong kembang + ayam goreng + sayur kubis dan kuah campur (seperti gambar dibawah).

IMG_20180709_144959

Harga bagi sepinggan Nasi dan lauk (seperti diatas ini) ialah RM20. Bagi saya sangat berbaloi sebab sotong yang dihidangkan saiz L ( 6 inci – RM13 ) beserta ayam bahagian peha yang besar  dan sayur kubis. Apa yang membuatkan hidangan ini menjadikan anda terngiyang-ngiyang ialah kuah campur yang pekat dan mantap serta cukup rasa manis,masin dan pedas memang tak terkata. Memang dapat meningkatkan mood anda kalau dapat pekena sepinggan. Walaupun hidangan ini boleh dikatakan seakan-akan seperti Nasi Mamak dan Nasi kandar , tetapi ia agak berlainan kerana Nasi dan kuah yang dimasak adalah resepi turun temurun Pakcik Azlan. Anda juga boleh mencuba menu sempena World Cup ini iaitu SET WORLD CUP yang berharga RM9 (Nasi Lan+Kuah Campuq+Ayam Goreng+Teloq Masin+Sayoq+Teh O Ais). 

Warga putrajaya bertuah sungguh dapat port lepak makan yang best seperti Restoran Nasi Lan Kedah ini. Sudah tentu lebih mudah kerana selepas ini warga putrajaya dan sekitar tak perlu lagi ke Shah Alam untuk menikmati Nasi Lan Kedah.

Jom like page : Abang Musafir

Suscribe Channel Youtube : Abang Musafir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s