5 Etika dan Budaya orang Jepun (Edisi 1)

Setiap negara mempunyai budaya dan adab masyarakat yang berbeza-beza. Budaya setempat sesebuah masyarakat itu mungkin kerana tinggalan nenek moyang ataupun pendirian setiap individu dalam masyarakat itu sendiri. Budaya setempat inilah melambangkan keunikan sesebuah masyarakat dan sesuatu negara.

Jepun adalah sebuah negara yang sangat menekankan soal budaya. Andai anda ke Jepun ketika ini , sudah pasti anda dapat melihat beberapa budaya dan adab yang mungkin kelihatan pelik berbanding masyarakat kita sendiri. Tidak sesekali boleh dipandang ringan , bagi anda yang ingin melancong dan melawat negara jepun terdapat beberapa budaya orang Jepun yang perlu anda fahami sebelum anda menjejakkan kaki ke negara matahari terbit ini. Disini saya kongsikan 5 budaya orang jepun yang perlu kita fahami dan pelajari :

1. Tidak berbuat bising di kawasan awam

36f2f7d9ead098af8e3b0053c375807d-1

Mungkin sesetengah dari kita terlepas pandang tentang perkara ini. Di jepun adab menjaga keamanan antara satu sama lain amatlah penting. Jika anda berada di kawasan seperti stesen keretapi , perhentian bas ataupun di dalam pengangkutan awam , berbuat bising seperti berbual dengan rakan sebelah dengan suara yang menganggu orang lain amatlah tidak sopan bagi masyarakat jepun. Maka tidak hairanlah jika anda dapat lihat di jepun , terutama di dalam tren mereka hanya akan diam dan melakukan hal masing-masing. Bagi orang jepun , perbualan di tempat sebegini akan menganggu ketenteraman orang lain.

2. Tandas dan Sinki mesti kering

str2_relaxjptoilet_chester_LEADPIC

Kalau cerita bab Sinki dan tandas di jepun memang antara paling sukar untuk kita mengikuti budaya ini. Di jepun , sinki di tandas awam akan sentiasa kering. Saya sempat melihat gelagat orang jepun selepas menggunakan sinki mereka akan mengelap dengan tisu yang disediakan. Pernah terjadi sebelum ini sewaktu pertama kali saya ke jepun ,dimana pelancong dari negara kita (malaysia) telah menggunakan sinki sebagai tempat mengambil wuduk untuk membasuh kaki sehingga basah di sekitar sinki. Kali kedua saya datang semula ke jepun , saya melihat sinki yang sama sebelum ini telah diletakkan nota “jangan basuh kaki di sini” dalam bahasa melayu dan inggeris. Begitu juga di dalam tandas , lantai tandas sentiasa kering walaupun tandas itu digunakan oleh ribuan manusia dalam satu hari.

3. Budaya beratur dalam sesuatu urusan

jepun-memang-terkenal-dengan-budaya-yang-berdisiplin-931

Budaya beratur ini anda akan dapat lihat dimana-mana sahaja sama ada ketika menunggu bas, menunggu tren, membeli barang, menaiki tangga dan lain-lain. Paling membuatkan saya kagum ialah pertama kali saya ke jepun dan sewaktu saya ingin menaiki tren pada waktu makan tengahari sekitar jam 12 hingga 2 tengahari , saya masih dapat melihat budaya beratur ini di platform tren saya menunggu itu. Masing-masing sedang mengejar masa untuk makan tengahari namun budaya berdisiplin ini masih ada. Kalau anda berada di stesen tren , anda akan lihat masyarakat jepun akan berkejar-kejar seperti ingin berebut-rebut menaiki tren tetapi setelah tiba di platform menunggu mereka akan terus beratur mengikut garisan beratur (di lantai).

4. Berdiri di Eskelator

150427162026-japan-kanto-kansai-escalator-super-169

Di entri (klik sini) saya yang lalu , saya ada menerangkan tentang budaya berdiri di eskalator rakyat jepun. Masyarakat jepun di wilayah berbeza mempunyai budaya berdiri di eskeletor yang juga berbeza. Contohnya di Osaka , penduduk disini akan berdiri di sebelah kanan ketika menaiki eskeletor manakala jika di tokyo pula adalah sebelah kiri. Budaya berdiri pada kedudukan yang betul ketika menaiki eskeletor  sangat penting bagi memudahkan pergerakan agar lebih teratur serta memudahkan pengguna yang lain.

5. Letak payung di luar kedai

Di setiap kedai , anda akan menjumpai tempat meletak payung samada yang mempunyai kunci atau tidak. Setiap kali orang jepun memasuki kedai , mereka akan meletakkan payung di tempat yang disediakan di luar kedai. Orang jepun amat gemar menggunakan payung , kemana sahaja mereka sentiasa akan membawa payung. Kebanyakan payung mereka adalah berwarna hitam dan putih.

Budaya masyarakat di sesebuah negara adalah lambang kemajuan mentaliti sesebuah tamadun. Suatu tamadun akan musnah jika asas adab dan etika tidak dipelihara dan dijaga sebaiknya. Kemajuan bukan sahaja terletak kepada kemajuan luaran, infrastruktur dan ekonomi semata-mata tetapi ia adalah sangat meluas dari sudut sahsiah,budaya, etika sesebuah masyarakat di dalam tamadun tersebut.

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Orang yang berjaya sentiasa melihat budaya positif sebagai tauladan dan perkara negatif sebagai sempadan. Bagi saya , jepun adalah sebuah negara yang mempunyai rakyat yang sangat patuh pada negara mereka. Rasa cinta mereka pada negara melebihi segalanya dan ketaatan mereka pada pemerintah menjadikan mereka berdisiplin. Mungkin ada sesetengah perkara yang tidak baik , namun tidak dapat dinafikan jepun adalah sebuah negara yang mempunyai tamadun dan rakyat yang hebat.

Banyak lagi sebenarnya …. tunggu sambungannya………………………………………………….

#Jepun #AbangMusafir #JapanTourism #Edisi1

Terima kasih kerana membaca blog http://www.abangmusafir.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s