Kecanggihan Peranti terbaru Vivo X21

Ketika ini dapat dilihat syarikat pengeluar telefon pintar berlumba-lumba mengeluarkan model terbaru masing-masing dengan diserta teknologi terkini seperti paparan skrin penuh, peningkatan piksel kamera dengan teknologi AI, ketahanan bateri yang lebih lama serta pengecasan cepat dan lain-lain. Kalau nak dikejar setiap keluaran dan teknologi terkini memang tak terkejar.

Vivo-X21-Malaysia-805x453

Paling terbaru keluaran Vivo iaitu model Vivo X21 yang dijual dengan harga sekitar RM2,099 (PROMOSI) hingga RM2,699 mengikut variasi memori dalaman 64gb atau 128gb. Secara ringkas , Spesifikasi Vivo X21 boleh dikatakan spesifikasi yang sangat baik dengan dikuasakan oleh Chipset Qualcomm SDM660 Snapdragon 660 (Octa-Core), GPU Adreno 512 dengan RAM sebesar 6GB, paparan skrin Super Amoled (P3 Display) yang pastinya menjanjikan pengalaman paparan yang lebih menarik bagi tontonan dan permainan video. Walaupun piksel kamera Vivo X21 bagi saya agak rendah iaitu kamera belakang dengan dwi kamera (12MP + 5MP) dan kamera hadapan dengan (12MP) , namun menariknya ia dilengkapi teknologi Artificial Intelligence (Ai) yang kini semakin popular diterapkan pada telefon pintar terbaru. Teknologi AI di Vivo X21 merangkumi sekali AI Face Access dilengkapi dengan sensor infrared fill light sensor yang membantu pengenalan wajah pada keadaan cahaya persekitaran yang minimum.

https_blueprint-api-production.s3.amazonaws.comuploadscardimage775944cd9a6b86-46e2-485a-96c5-f98410a1d878

Apa yang paling menarik bagi peranti keluaran Vivo kali ini adalah teknologi pengesanan Cap Jari di atas layar. Setahu saya ini adalah peranti yang pertama dikeluarkan bersama dengan spesifikasi ini dimana pengguna tidak perlu menyahkuncikan peranti menggunakan Cap Jari dibelakang peranti atau dibawah skrin hadapan tetapi kali ini Vivo memperkenalkan “Half Screen Display Fingerprint Scanner” dengan hanya pengguna hanya perlu meletakkan jari di atas layar.

https_blueprint-api-production.s3.amazonaws.comuploadscardimage69157697e607cf-08ac-45af-bfc7-4d961e46cb6e

Didatangkan dengan kuasa beteri sebesar 3200mah bukanlah suatu yang merisaukan kerana peranti ini turut terdapat AI Smart Engine yang memastikan masa penggunaan bateri lebih lama dan pengalaman pengguna lebih lancar.  Teknologi AI  mendukung pemrosesan data lebih cepat hingga 20% untuk aplikasi yang sering digunakan, serta menghadkan penggunaan bateri dengan hanya menjalankan aplikasi yang benar-benar diperlukan. Jadi tidak perlu risau kalau bateri cepat habis.

Vivo X21 telah dilancarkan di Malaysia pada 5 Jun 2018 dan kini telah berada di pasaran. Anda boleh mendapatkan peranti ini di Vivo Store berdekatan anda atau anda juga boleh membeli secara atas talian www.vivo.com .

#VivoX21 #AbangMusafir #VivoSmartphone

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s