Perkhidmatan UBER Turki ditamatkan!

Pada Dec 2017 , Februari 2018 dan April 2018 saya ke Turki. Sudah semestinya Turki adalah negara yang amat saya selesa dan minati untuk melancong. Masyarakatnya yang ramah dan pemandangan yang menakjubkan ada di Turki. Saya pernah ke lebih 8 buah bandar di Turki iaitu Istanbul, Bursa, Pamukkale, Konya, Ankara, Kusadasi, Kapadokya, Bolu, Safranbolu, Izmir dan lain-lain lagi.

Di Turki kebiasaannya tempat tumpuan adalah kawasan berdekatan shopping mall dan pusat bandar yang terletaknya tarikan pelancong utama seperti Grand Bazaar, Spice Bazaar, Masjid Biru dan lain-lain. Tidak ketinggalan untuk pergi ke Shopping Mall di Turki. Antara shopping mall yang pernah saya pergi ialah Istanbul Shopping Mall yang terletak tidak berapa jauh dari Lapangan Terbang Atarturk.

Biasanya untuk pergi ke tempat-tempat ini samada dengan teksi, bas, tren atau uber. Pernah beberapa kali saya cuba merasai menaiki uber di Turki. Uber di Turki kenderaannya agak besar dan boleh memuatkan 7 ke 10 orang dalam satu masa. Jadi sudah tentu menjimatkan belanja anda dimana anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan yang lain jika ingin bergerak sekali ke sesuatu tempat.

Uber-İstanbulErdogan

Bagi jarak sejauh 10km-15km dari hotel saya ke Istanbul Mall , uber cas sebanyak 25-40 lira sehala. Bagi saya ia sangat berbaloi kerana anda boleh berkongsi dengan penumpang yang lain.

Namun baru-baru ini media Turki telah memaklumkan bahawa UBER telah ditamatkan operasi serta merta pada Jun ini. Ini kerana mengikut laporan media , pengusahaan Teksi Turki telah mengalami kerugian yang sangat teruk apabila UBER beroperasi di Turki. Maka kerana itu Presiden Turki , Recip Tayyep Erdogan telah mengarahkan agar UBER diberhentikan operasi bermula JUN ini.

Turki-Uber

Perintah dan arahan Erdogan itu sejajar dengan protes yang dilakukan secara besar-besaran oleh Pemandu dan Pengusaha Teksi Turki yang menyatakan bantahan terhadap UBER dengan kenyataan bahawa UBER telah melanggar undang-undang Turki.

Taksi
Protes besar-besaran

Saya pernah berbual dengan beberapa orang Turki sewaktu berada di Istanbul. Saya bertanya kepada mereka berkaitan Taxi Turki dan Uber, yang mana lebih murah dan lebih baik. Kebanyakan mereka lebih gemar menggunakan Uber kerana harganya yang lebih murah berbanding Taxi Turki. Dari sudut lain pula , ada antara mereka berkata yang Pemandu Taxi Turki sering menipu dari segi harga dan jarak perjalanan. Kadang-kadang anda ingin pergi ke tempat yang tidak jauh tetapi pemandu membawa anda mengikut jalan lain yang menjadikan jaraknya jauh. Ini antara pengalaman yang diceritakan oleh penumpang yang menaiki Taxi Turki (tahan tepi jalan).

Tentu menjadi kerisauan bagi pelancong seperti saya dan rakan-rakan Malaysia yang lain untuk menaiki Taxi Turki jika ia benar berlaku. Sehubungan itu , kerajaan Turki telah menyediakan sistem teksi yang terbaru melalui tempahan secara dalam Aplikasi iaitu BiTaksi.

Melalui Applikasi ini anda boleh mengetahui harga yang dikenakan dan mengesan pemandu Taxi Turki berdekatan anda. Pembayaran boleh dibuat secara TUNAI , KAD KREDIT dan melalui akaun PAYPAL. Anda boleh muat turun di Android atau Apple Store secara percuma.

#BITaksi #Turkiye #AbangMusafir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s