New National Car : Apa khabar pengangkutan awam?

Pada 10 Jun 2018, Perdana Menteri Malaysia ke 7 Tun Dr Mahathir Mohammad telah ke Jepun bagi lawatan kerja. Sedia maklum Jepun merupakan antara rakan kongsi dan negara yang akrab dengan Malaysia terutama sewaktu kepimpinan Tun Dr Mahathir ketika beliau diangkat sebagai Perdana Menteri ke 4 pada sekitar tahun 1980 an. Salahsatu usaha Tun Dr Mahathir yang dilihat berkait rapat dengan negara Matahari terbit itu ialah Dasar “Pandang ke Timur”.

Ketika sesi lawatan kerja ini, Tun Dr Mahathir turut menghadiri sesi soal jawab diantara beliau dengan wartawan Jepun. Secara ringkasnya beberapa perkara telah dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir sendiri iaitu berkaitan terutamanya dengan Wawasan 2020 dan “New National Car”. Apa yang menarik perhatian Abang Musafir ialah berkaitan “New National Car” kerana kita semua sedia maklum Tun Dr Mahathir mewujudkan PROTON ketika pemerintahan beliau pada tahun 1980-90an.

saga

Tidak dinafikan kita bangga kerana mampu menghasilkan kereta tempatan dan keluaran jenama sendiri. Dilihat pada situasi kini , sebahagian saham PROTON telah dimiliki oleh syarikat Negara Tembok Besar. Namun , idea “New National Car” adakah masih wajar pada masa kini?.

Rakyat kini dilihat memerlukan suatu sistem pengangkutan yang baik dan efisien. Ia bukan setakat efisien dari sudut kepelbagaian rangkaian dan pilihan transportasi , tetapi turut diukur dari sudut harga bagi menggunakan pengangkutan tersebut. Sudah pastinya kemampuan rakyat perlu diambil kira dalam memperkenalkan projek dan dasar baru supaya ia tidak menekan rakyat.

Kebanyakan negara maju ketika ini lebih fokus pada perkembangan teknologi dan penambahan aliran pengangkutan awam yang lebih baik. Memudahkan rakyat sesebuah negara dalam menjalankan aktiviti bagi meningkatkan ekonomi diri, keluarga dan negara. “New National Car” dilihat kurang “bernas” ketika ini jika dilihat dari sudut kemampuan rakyat memiliki kereta. Tidak dinafikan juga , negara kita antara pengguna kereta paling banyak di dunia walaupun harga kereta negara kita adalah diantara paling mahal dan tinggi di dunia sedangkan pendapatan keluarga dan individu rakyatnya sangat rendah. Mengapa ini terjadi?. Ini kerana sistem aliran pengangkutan awam kita masih gagal “menjimatkan” belanja rakyat dan kurang efisien menjadikan penggunaan pengangkutan awam dilihat “melambatkan” urusan harian.

mrt-kl-malaysia

Kegagalan akses yang baik antara bandar dan luar bandar, akses antara kawasan penduduk dan stesyen utama pengangkutan awam seperti MRT,KTMB,Monerail dan sebagainya menjadikan rakyat/pengguna enggan menggunakannya. Ia sangat berbeza jika ingin dibandingkan dengan negara jepun sebagai contoh jika anda dari Bandar Osaka dan ingin pergi ke kawasan seperti Kyoto , anda masih boleh memilih hingga lebih dari 4 aliran pengangkutan keretapi dengan harga murah hingga ke mahal. Bayangkan andai ini berlaku di Malaysia , jika anda dari Perak ingin ke Kuala Lumpur dan anda boleh memilih lebih 4 aliran pengangkutan keretapi maka sudah tentu memudahkan rakyat memilih keperluan mereka. Memandangkan negara kita tidak sepadat jepun , mungkin kita tidak perlu sehingga 4 aliran atau mungkin kita hanya perlu 2 aliran sahaja dengan harga tiket berpatutan. Dalam masa sama memperkenalkan PAS BULANAN yang berpatutan.

Pengangkutan awam akan gagal andai akses tidak mencukupi. Dari kawasan kampung yang jauh dari stesyen sehingga mengambil masa lebih 50 minit dengan menaiki kereta ke Stesyen terhampir , ia menambahkan lagi kemungkinan rakyat lebih “berat” untuk menggunakan pengangkutan awam. Ketiadaan Bas dari kawasan kampung ke stesyen terhampir adalah masalah yang perlu diselesaikan segera. Jika rakyat sendiri yang perlu memandu jauh untuk ke stesyen terhampir sehingga lebih 50 minit , maka dimana letaknya efisiennya pengangkutan awam itu?. Ia bukan sekadar menambahkan kos malah membazir masa.

Pendapatan rakyat Malaysia adalah sangat rendah. Malah ada antara yang tak layak untuk membuat pinjaman Bank bagi membeli kereta. Apa pilihan mereka?. Sedangkan pengangkutan awam tiada penambahbaikan. Kaya terus kaya dan miskin bertambah miskin. Kita perlu lihat keutamaan. Apa khabar pengangkutan awam?.

Nota : Ada pengangkutan awam yang dilihat baik dan mempunyai jaringan yang baik seperti LRT,MRT,Monerail dan KTMB. Namun ia perlu penambaikan dari sudut sistem dan sikap si pengendali.

hsr-train-1-os

Pendapat : Projek HSR dilihat baik SEANDAINYA rakyat kita mampu bersaing, tetapi pada keadaan sekarang ia “KURANG” baik kerana kita tidak mampu bersaing dengan Singaporian seandainya projek ini diteruskan. Kedatangan Singaporian yang bergaji besar (matawang besar) jika HSR siap kelak , memudahkan mereka memiliki asset yang harganya murah di sini dan sudah pasti menekan terus rakyat Malaysia yang masih tercari-cari wang untuk menabung memiliki rumah pertama. PROJEK ini baik andai dimasa hadapan rakyat mencapai pendapatan bulanan yang tinggi setanding negara jiran ini.  Biarlah kita berpijak di bumi sendiri agar kita tidak terpijak kelak.

Kesimpulannya , kita menentukan haluan negara kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s