Melalui Allenby Bridge untuk menembusi Bumi Palestin dari Jordan.

Salahsatu imigresen yang paling ketat di dunia antaranya ialah imigresen di Jambatan Allenby atau dalam bahasa inggeris dipanggil sebagai Allenby Brigde. Dikalangan masyarakat asal Palestin dan Jordan , namanya lebih dikenali sebelum ini sebagai King Hussein Brigde.

Israeli soldiers stand guard near the entrance to Allenby Bridge, a crossing point between Jordan and the occupied West Bank, near Jericho

Pertama kali saya menjejaki Bumi Palestin pada November 2014 pada ketika itu di Palestin bermusim sejuk. Suhu sekitar -4 hingga 8 celcius di sebelah pagi. Saya tiba di Lapangan Terbang Queen Alia, Jordan pada jam 5 pagi dengan penerbangan terus Royal Jordanian Airlines dari Kuala Lumpur. Selesai solat subuh dan saya terus bergerak menuju ke Allenby Bridge dari Lapangan Terbang Queen Alia. Perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit dengan jarak sejauh 80 km.

Saya memasuki Palestin dengan melalui pemeriksaan imigresen dan kawalan keselamatan di sempadan antara Jordan dan Palestin iaitu Allenby Bridge. Dalam jarak 5km dari Allenby Bridge , anda akan dapat melihat beberapa post kawalan dan askar yang menjaga jalan-jalan di sekitar menuju ke Allenby. Kawasan di sekitar agak sunyi dan boleh diibaratkan seperti anda berada di markas tentera. Muka bumi disini seakan-akan di Gunung Sahara cuma suhu sahaja yang sangat sejuk ketika musim salji (Nov-Jan)

Selepas melalui beberapa pos kawalan askar , saya tiba di Allenby Bridge untuk urusan imigresen. Disini kawalan sangat ketat terutama melibatkan bagasi yang kita bawa. Beberapa orang pegawai imigresen israel telah mengarahkan saya untuk mengeluarkan dan mengasingkan barangan eletronik dengan beg pakaian. Jika anda membawa laptop,tablet atau sebarang peralatan eletronik , pastikan ia dikeluarkan dari bagasi untuk mengelakkan pihak imigresen israel memunggah beg anda. Peralatan eletronik tersebut perlu diletakkan di dalam bekas yang disediakan dan boleh diambil semula selepas selesai urusan pemeriksaan passport dan pemberian pas lawatan. Ada juga yang saya lihat beg dikoyakkan kerana gagal mematuhi arahan. Alhamdulillah urusan bagasi saya tiada sebarang masalah kerana saya mematuhi segala arahan yang diberikan.

Cumanya saya sedikit tidak bernasib baik dimana pegawai imigresen israel bertanya tentang beberapa perihal. Disebabkan sebelum saya ke sini , saya pernah mengerjakan umrah pada tahun yang sama. Oleh sebab itu mereka bertanya “mengapa saya ke Arab Saudi dan atas urusan apa?”. Dalam keadaan sebegini , wajah memainkan peranan. Saya hanya senyum dan beritahu yang saya mengerjakan haji. Mereka juga ada bertanya apa nama Atok saya dan nama ayah saya (walaupun sudah tertera di dalam passport) tetapi mereka tetap ingin menyoal. Saya menjawab seperti biasa. Pegawai tersebut minta saya duduk sebentar. Selepas 2 jam saya diberi perlepasan. Alhamdulillah.

Ketika di kawasan imigresen, saya tidak dapat mengambil gambar dengan baik kerana sering diperhatikan oleh pegawai dan askar israel. Bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini, beberapa gambar sahaja dapat saya rakamkan. Setelah selesai urusan bagasi dan kawalan passport , saya diberikan “border pass” . Passport anda tidak sesekali akan di cop oleh imigresen.

Border Pass

Border pass ini perlu disimpan untuk pemeriksaan keluar pada hari terakhir nanti. Untuk kadar bayaran yang dikenakan bagi memperolehi Border Pass ini , anda boleh periksa di http://www.amman2jerusalem.com/passport-and-visa-faqs . Allenby Bridge beroperasi dari jam 9 pagi hingga 10 malam .

Disini saya senaraikan perkara yang perlu anda titik beratkan ketika di Allenby Bridge :

  • Pastikan anda tidak memegang atau menggalas sebarang beg ketika pemeriksaan.
  • Barangan eletronik sila asingkan dari beg pakaian dan keluarkan dari beg galas dan letakkan di dalam bekas yang disediakan.
  • Pastikan poket anda kosong tanpa sebarang barangan (kecuali passport)
  • Beratur mengikut saluran (foreigner / local)
  • Jika anda datang secara berkumpulan misalnya 10 orang , pastikan yang muda berada di belakang sekali ( beratur mengikut huruf nama masing-masing bermula dari A-Z dengan yang tua dihadapan dan yang muda di belakang )
  • Seandainya disoal dengan bermacam soalan , jawab dengan tenang dan senyuman.

 

Tips : Kebiasaanya yang berumur 40 tahun kebawah sedikit ketat pemeriksaannya. Bagi kelancaran pastikan bersama keluarga terdekat (jika berkumpulan) atau bersama pasangan.

#Palestin #AllenbyBridge #Jordan #JejakPalestin #AbangMusafir

3 Comments Add yours

  1. Imran says:

    Salam tuan, untuk urusan visa macam mana?

    Like

    1. abangmusafir says:

      Wasalam .. untuk urusan visa akan saya kemaskini posting yang lain di masa akan datang .. atau sebarang maklumat boleh directly PM di Fan Page Abang Musafir. Tq tuan.

      Like

    2. abangmusafir says:

      Saya boleh cadangkan dengan tuan dimana untuk lakukan urusan berkaitan visa ni. Boleh whatsapp sy di talian 0102576075

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s