Gua Hira’ : Rinduku pada Haramain

Susulan larangan kerajaan Arab Saudi keatas beberapa kawasan untuk dilawati , ia telah menjadi perbualan ramai terutamanya mereka yang pernah menjejakkan kaki ke Bumi Haramain iaitu Makkah dan Madinah. Larangan lawatan termasuk Ladang Kurma, Ladang Unta, dan salahsatu larangan adalah lawatan ke Gua Hira’. Seperti yang sedia maklum , Gua Hira’ terletak di Puncak Jabal Nur serta merupakan tempat dimana Nabi Muhammad menerima wahyu pertama dari Allah melalui malaikat Jibril. Ia adalah destinasi yang sering dikunjungi para jemaah umrah dan haji setiap kali hadir di bumi Makkah.

Entri kali ini Abang Musafir ingin berkongsi tentang pengalaman abang menjejakkan kaki di Gua Hira’. Suatu pengalaman yang mengajar abang begitu banyak pengertian dan maknanya yang tidak mampu diungkap. Hanya hati dan jiwa merasainya. Terletak 10 kilometer dari Masjidilharam. Ketika di Makkah , abang musafir menginap di sebuah hotel berdekatan Masjidilharam (650 meter dari Hotel ke Masjidilharam). Sehari selepas selesai mengerjakan umrah wajib , abang terasa ingin ke Jabal Nur dimana terletaknya Gua Hira’. Bagi anda yang ingin ke Jabal Nur , abang sarankan anda untuk mendapatkan teksi berdekatan dengan masjidilharam. Sebaiknya pergi secara berkumpulan ataupun bersama rakan-rakan dan jemaah lain. Kebiasaannya setiap seorang dikenakan cas teksi 20 riyal seorang (pergi balik). Teksi yang abang naik untuk ke Jabal Nur merupakan sebuah van yang boleh memuatkan 6 hingga 8 orang. Kali ini abang musafir bersama 8 orang rakan yang lain bersama-sama menuju ke Jabal Nur dengan teksi yang sama. Dapatkan nombor talifon pemandu bagi memudahkan pemandu tersebut datang semula selepas anda selesai turun dari Jabal Nur.

Jabal-al-Nour.10

jabal-noor (1)
Pemandangan Jabal Nur dari jauh

Perjalanan menaiki Teksi menuju ke Jabal Nur mengambil masa selama 20 minit. Dari Masjidilharam ke Jabal Nur , anda akan melalui terowong , lebuhraya dan seterusnya jalan kampung yang sedikit mendaki untuk sampai ke kawasan dimana anda akan diturunkan disitu. Kebiasaanya anda akan diturunkan di hadapan sebuah gerai yang betul-betul berhadapan dengan Jabal Nur dan anda dapat melihat secara jelas Jabal Nur di hadapan. Dari kawasan tersebut , anda perlu melakukan sedikit pendakian ke Puncak Jabal Nur jika anda ingin memasuki Gua Hira’ yang berada diatasnya.

Pendakian ke puncak Jabal Nur adalah dengan melalui ribuan anak tangga yang dibina sendiri oleh para musafir dan jemaah yang kebanyakannya berasal dari Pakistan dan India. Sewaktu menaiki tangga disini , abang musafir dapat melihat beberapa orang yang berjubah sedang membaiki anak tangga yang sudah rosak. Mereka ini secara sukarela membuat anak tangga ini untuk tujuan memudahkan para pengunjung yang ingin melihat sendiri Gua Hira’ secara dekat. Jika anda hadir ke sini , abang galakkan untuk beri seriyal dua sebagai sedekah kepada orang-orang ini sebagai tanda sokongan kita atas usaha mereka.

filename-umrah-08-356
Biasanya anda akan diturunkan di sini

Pendakian hingga ke puncak kebiasaanya mengambil masa 1 jam hingga 1 jam lebih mengikut kemampuan masing-masing. Macam abang musafir sendiri mengambil masa 1 jam lebih untuk sampai ke puncak Jabal Nur. Namun jika anda keletihan , jangan terlalu memaksa. Berehat dahulu dipertengahan jalan kerana turut terdapat tempat duduk di tepian tangga.

488167930
R&R kecil di puncak Jabal Nur : Sumber google

Saat tiba di Puncak Jabal Nur , terdapat sebuah gerai. Bolehlah rasanya untuk berehat sebentar disini. Sedikit makanan turut dijual , ada Indomie , minuman panas dan sejuk. Apa yang lebih “mengejutkan” dan “menarik” ialah kewujudan PETI AIS disini. Wah hebat betul !!. Kita yang mendaki dengan hanya membawa badan pun dah rasa terlalu penat , macam mana pula si pembawa peti ais ni?.

Sebelah malam di Jabal Nur , cuaca berangin dan selesa. Beberapa anak tangga lagi dari R&R kecil tadi , kita akan tiba di Gua Hira’.

Suatu pengalaman yang amat bermakna. Pada mulanya agak berputus asa untuk meneruskan pendakian hingga ke puncak. Segalanya menjadi indah saat Gua Hira’ berada di hadapan mata. Gua Hira’ tidaklah terlalu besar jika ingin dibandingkan dengan gua-gua lain. Gua Hira’ hanya mampu menampung 2-3 orang dalam satu-satu masa. Dari puncak Jabal Nur dan gua hira’ ini , anda dapat melihat Masjidilharam dari jauh dengan pemandangan yang sangat cantik. Pengorbanan Rasulullah adalah begitu besar jika ingin dibandingkan dengan pendakian ini. Kini lawatan ke Jabal Nur telah diharamkan atas faktor tertentu , maka sunyilah ia kini. Kita sama-sama harapkan agar ia dibuka semula pada masa akan datang untuk terus dirindui oleh para penziarah.

#GuaHira #JabalNur #AbangMusafir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s