Minum petang di Gerai Bika Talago, BukitTinggi, Indonesia.

Memandangkan perjalanan dari BukitTinggi ke Padang agak jauh. Maka saya telah berhenti minum di sebuah gerai di kaki gunung berapi Pandai Sikek. Gerai yang saya singgah ini betul-betul di tepi jalan dan mudah jika anda berkereta untuk terus singgah di sini. Nama gerai ini ialah Bika Talago yang terkenal dengan “kuih neraka” yang diberi gelaran oleh sesetengah orang di Malaysia.

Ia dipanggil “kuih neraka” bukanlah kerana rasanya yang pelik atau tidak sedap. Panggilan ini adalah kerana cara memasak kuih tersebut yang agak ekstrem.

4A4B6E47-4BF1-46A4-B42F-974450CC0AD2

Keunikan cara memasak secara semulajadi ini menjadikan hidangan ini menarik untuk dirasai. Saya sendiri melihat dan berpeluang memasuki ruangan dapur memasak yang berada di ruangan hadapan gerai. Kuih ini dimasak dengan diletakkan di dalam periuk tanah dan diapit oleh kayu api di sebelah atas dan bawah dengan suhu yang sangat panas. Ini menjadikan kuih ini asak dengan sekata dan menjadi lebih enak untuk dimakan.

Terdapat dua jenis “Bika Talago” atau “kuih neraka” iaitu berwarna putih dan coklat. Bika yang berwarna putih diperbuat dari Tepung beras, kelapa dan gula pasir. Manakala bika berwarna coklat yang berasa seperti pisang diperbuat dari Gula aren atau Gula Melaka dan Pisang Gadang.

Rasanya boleh saya katakan seperti lempeng pisang ber-inti kelapa. Memang sedap dimakan ketika baru dimasak. Menjadi suatu kebiasaan oleh masyarakat di sini minum petang dengan segelas kopi dan sepinggan Bika Talago.

Jika anda ke Padang , jangan lepas peluang untuk singgah disini. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau biasanya mengambil masa sekitar 2 hingga 3 jam tanpa henti bergantung kepada kesesakan dan kelajuan pemanduan.

22837AC9-7FE1-4E8E-B7B4-BFCF2D05742A

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s