Malaysia Baharu : Disebalik 0% Gst.

Pilihanraya Umum ke-14 buat Malaysia telah berlalu lebih dari 2 minggu. Namun kehangatannya masih dirasai seluruh rakyat Malaysia. Kini tampuk pemerintahan kerajaan pusat Malaysia diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) yang terdiri dari gabungan 4 buah parti iaitu PPBM,Amanah,Keadilan dan DAP sambil disokong penuh parti dari sabah iaitu Warisan dan beberapa wakil bebas yang lain. Peralihan tampuk pemerintahan ini telah beralih kuasa dari Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) pada 10 Mei 2018 secara aman. Peralihan kuasa yang lancar dan aman ini melambangkan penuh demokrasi yang diamalkan rakyat Malaysia dilihat matang oleh mata dunia.

1SISHAWA PICTURE

Sejurus kemenangan Pakatan Harapan (PH) berjaya memperolehi majoriti kerusi parlimen bagi membentuk kerajaan Malaysia secara sah maka bermulalah langkah kerajaan baru ini iaitu menunaikan segala manifesto yang dijanjikan terutama sekali 10 JANJI 100 HARI yang dilaungkan ketika sepanjang kempen mereka.

Slide1-6

Mengambil alih negara yang sarat dengan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu adalah suatu cabaran besar buat Pakatan Harapan diterajui Tun Dr Mahathir yang diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 buat kali kedua dalam sejarah. Namun rakyat tidak mahu melihat alasan hutang sebagai penghalang untuk kerajaan baru ini menunaikan segala janji mereka. Ini kerana pastinya setiap janji itu telah disusunkan dengan rapi dengan kajian realistik sebelum ia ditawarkan. Tidak mungkin ia ditawarkan semberono sahaja semata memancing undi. Rakyat kini meletakkan sepenuhnya dan ingin melihat tindakan selanjutnya.

Salahsatu tawaran atau janji dalam tempoh 100 hari pemerintahan ialah penghapusan cukai GST yang dilihat menekan rakyat dari sudut kos sara hidup. Maka kerajaan telah mengumumkan bermulanya 1 Jun 2018 , cukai GST akan di “zero rate” kan sebagai langkah permulaan kearah penghapusan GST secara menyeluruh. Kita semua sedar dan sedia maklum perubahan sistem cukai perlu mengambil masa untuk disusun atur semula. Seandainya terus dihapuskan secara tergesa , pastinya ia melibatkan kos yang tinggi kerana perubahan sistem secara “mengejut” melibatkan para peniaga dan syarikat-syarikat yang terlibat. Maka langkah permulaan “zero rate” itu dilihat realistik dan suatu usaha untuk memenuhi janji kepada rakyat.

28660737_1585038908199751_5757114358856435812_n

1 Jun 2018 yang dinantikan telah pun tiba. Pada hari ini kebanyakan rakyat cuba mengesan apa yang bakal terjadi dengan “zero rate” ini. Adakah akan berlaku penurunan harga barangan dan perkhidmatan yang sebelum ini dikenakan GST?. Para netizen mula berbicara di media sosial sambil disokong bukti resit pembelian masing-masing dengan setiap dari mereka membandingkan harga sebelum 1 Jun 2018 dan harga selepas 1 Jun 2018 bagi barangan dan perkhidmatan yang sama. Namun hasilnya ada yang dilihat berlaku sedikit perkara pelik kerana ada resit yang dipaparkan harga sebelum 1 Jun 2018 adalah lebih murah berbanding resit pada 1 Jun 2018 sedangkan kadar 0% GST telah bermula. Apa yang terjadi sebenarnya?.

Rakyat Malaysia selepas PRU 14 kini kelihatan lebih cakna dalam isu-isu semasa dan negara. Setiap inci gerak kerja pemimpin akan diperhalusi dan dinilai. Nampaknya ini yang kita semua rakyat Malaysia mahukan iaitu kerajaan yang takut pada rakyat dan bukan rakyat yang takut kepada kerajaan.

GAMBAR DIATAS ADALAH RESIT YANG TULAR SECARA MELUAS DI MEDIA SOSIAL

Berbalik kepada perkara “pelik” yang berlaku selepas 0% GST dilaksanakan. Kenaikan harga barangan dan cas perkhidmatan sepatutnya tidak akan terjadi kerana secara logiknya apabila 6% di 0% kan , maka wajib kadar harga dan cas akan mengalami penurunan.

Sebagai contoh :

Harga Telefon Pintar sebelum 1 Jun 2018 ialah RM 1000 (6% GST sudah termasuk) , Maka harga Telefon Pintar pada 1 Jun 2018 sepatutnya ialah RM1000 – (RM1000x6%) = RM940.

Selepas “kepelikan” ini dapat dikesan, maka beberapa para peniaga menjelaskan mereka mengalami “kecelaruan” di dalam sistem kewangan mereka dan mungkin ia kesilapan kerana tidak dikemaskini secara teratur. Dari sudut lain , rakyat juga berharap pihak penguatkuasa perlu memantau keadaan ini agar tiada peniaga yang mengambil “kesempatan” untuk mengaut keuntungan berlebihan dan “menipu” dalam mengaburi mata rakyat/pengguna. Ini kerana tanpa sebarang tindakan , 0% GST akan dilihat gagal dan makin menyusahkan.

Sejurus beberapa laporan yang tersebar luas, kerajaan telah memberi arahan agar semua syarikat dan peniaga mengemaskini sistem dalam tempoh sebulan. Bagi Abang Musafir , kita sebagai rakyat Malaysia bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang sama dalam menuntut hak kita kerana ini adalah negara kita. Sesiapapun yang memerintah , ia adalah mandat yang telah diberi secara sah dengan mengikut lunas undang-undang dan sistem demokrasi berparlimen. Kita perlu seiring untuk menegur kesalahan yang dilakukan kepimpinan negara namun segalanya perlu berhikmah dan berhemah. Ruang perlu diberikan kerana mandat baru diberikan. Sama-sama kita bersatu untuk negaraku yang tercinta.

#AbangMusafir #ZeroGST #TanpaGST #1Jun2018

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s