G-Shock Murah : Di Mega Don Quijote , Shinsekai Osaka.

Tak sah kalau datang ke jepun tapi tak beli G-Shock. Kewajipan bagi peminat dan pengumpul jam paling tahan lasak di dunia iaitu G-shock keluaran Casio seandainya datang ke Jepun pasti akan borong sakan G-shock di sini. Manakan tidak harga G-shock di jepun boleh dikatakan sangat murah jika nak dibandingkan harga pasaran di G-Shock Factory Malaysia. Ada antara jam G-shock harganya murah 30% hingga 60% dari harga di Malaysia. Bukan itu sahaja, ada model G-shock yang tiada atau belum sampai di Malaysia dan boleh didapati di sini. Model limited dan “rare” pun ada seperti model G-shock yang hanya dikeluarkan sempena ulangtahun G-shock juga terdapat disini jepun.

Berpeluangnya Abang Musafir ke Jepun kali ini iaitu ke Osaka. Jadi kali ini Abang musafir nak kongsikan serba sedikit “lubok” G-shock murah dan memang diantara yang termurah di Osaka. Jika anda ke Osaka, bolehlah singgah dan membeli disini.

img_1_m
Sebelah depan Mega Don Quijote , Osaka

Kali ini Abang Musafir ke sebuah pusat membeli belah “borong” di Osaka. Pusat membeli belah ini jika dilihat dari luar akan kelihatan seperti Shopping Mall barang-barang branded atau mahal tetapi jika anda sudah masuk ke dalam barulah tahu betapa murah dan best membeli belah disini.

Terletak tidak jauh dari Tennoji Zoo dan Shinsekai Street market , dengan jarak berjalan kaki dari Tennoji Zoo hanya mengambil masa sekitar 6-10 minit dengan jarak 600 meter sahaja. Anda juga boleh terus ke Mega Don Quijote ini dengan Subway samaada dengan berhenti di Shin-Imamiya Station atau Dobutsuen-Mae Station. Jarak dua station ini sangat hampir dengan anda hanya perlu keluar di exit 5 untuk terus berada di pintu hadapan Megamall ini.

Untitled

Di Mega Don Quijote ini apa yang paling menarik ialah setiap pembelian anda adalah “tax refund” atau “free duty”. Maksudnya setiap pembelian anda ialah bebas cukai dan selepas setiap pembelian dilakukan , anda perlu bawa resit bayaran anda ke kaunter tax refund yang disediakan di dalam bangunan yang sama dan bersebelahan dengan kaunter cashier. Disitu anda boleh serahkan bukti resit pembayaran/pembelian anda dan jangan lupa untuk berikan sekali passport anda pada staf di kaunter “tax refund” itu. Jika anda tak bawa passport , tak dapat la nak “tax refund”. Rugi la. Sebelum itu pastikan setiap pembelian anda adalah 5000 yen dan keatas untuk membolehkan anda melakukan “tax refund”. Banyak juga nilai tax refund iaitu 8% dari harga barang. Misalnya harga barang 15000 yen untuk satu jam G-shock , anda akan dapat pulangan semua sebanyak 1200 yen bersamaan RM45 camtu. Banyak tuuu.

maxresdefault
Antara G-shock yang dijual
IMG_5512
Pintu Hadapan Mega Don-Quijote

Don-Quijote ni sebenarnya banyak cawangan seperti di Shinsaibashi Shopping Street dan lain-lain tetapi kebanyakkanya agak kecil dan sesak serta tidak terdapat banyak pilihan model G-Shock terkini dan limited edition. Disebabkan G-shock disini dah murah giler, jadi tak boleh nak tawar menawar. Setiap pembelian diberi sekali warranty card official dari Casio.

Selain jam G-shock , terdapat juga barang lain yang dijual seperti barangan eletronik , pakaian, barangan komestik dan aksesori telefon dengan harga yang sangat murah juga.

Nota kaki :

1)Bawa passport ketika datang membeli belah disini

2)Pastikan ada turun ke stesyen subway yang betul dan exit yang betul.

3)Setiap beli perlu lebih 5000 yen untuk melayakkan anda mendapat tax-refund

SELAMAT MEMBELI BELAH DI MEGA DON QUIJOTE.

#AbangMusafir #DonQuijote #Shinsekai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s