Sarapan RM1.20 , Pantai Cenang. Langkawi

Salahsatu destinasi pelancongan dalam negara yang abang musafir minati ialah Pulau Langkawi. Pulau Langkawi merupakan destinasi pelancongan terkenal di utara tanah air dan diantara tempat yang diiktiraf oleh UNESCO. Kali ini abang musafir ke Langkawi dengan menaiki penerbangan Malindo Air dari KLIA terus ke Lapangan Terbang Langkawi. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam.

Bila cerita tentang langkawi, apa yang paling best ialah “free duty shopping”. Apepun entri kali ini abang musafir bukan nak kongsi tentang “free duty shopping” . Ape guna shopping kalau perut kosong ye tak?. Jadi bila abang musafir berada di langkawi , sebelum abang musafir memulakan hari-hari di sini abang akan pastikan perut diisi terlebih dahulu.

Disini abang musafir akan mencari sarapan jimat dan mengenyangkan. Cukup untuk alas perut sampai tengahari. Nak tahu dimana?. Abang musafir ke Warung Nasi Lemak RM1.20 berdekatan pantai cenang.

471A894A-8891-4F82-B715-AA5BC7BEFBEF
Semua Nasi Lemak RM1.20 je

Apa yang menariknya disini, seawal jam 7 pagi warung ini akan dipenuhi orang ramai yang ingin menikmati sarapan pagi disini. Dengan RM1.20 anda boleh bersarapan pagi Nasi Lemak beserta beraneka jenis lauk seperti Nasi Lemak Ayam, Nasi lemak Kerang, Nasi Lemak Daging, Nasi Lemak Bilis, Nasi Lemak Telur dan lain-lain. Setiap bungkus hanya RM1.20 sahaja.

Bukan itu sahaja, disini anda juga boleh menikmati juadah kuih muih dengan harga RM1 untuk 3 kuih. Memang terbaik sebab terdapat berbagai jenis kuih muih.

 Jarak dari Pantai Cenang ke Warung Nasi Lemak RM1.20 ini hanya 500 meter sahaja dan betul-betul berhadapan dengan Fave Hotel Pantai Cenang (seberang jalan).  Warung ini hanya terletak di tepi jalan sahaja. Kebiasaannya warung ini akan penuh sekitar jam 7 pagi terutama pada musim cuti persekolahan/hujung minggu. Jadi jika anda ingin bersarapan pagi disini, anda disarankan datang ke warung ini pada jam 7 pagi kerana selalunya makanan akan habis sebelum jam 9 pagi.

Sekiranya anda menginap di hotel yang tidak menyediakan sarapan pagi, anda tak perlu risau datang je ke warung ini untuk sarapan pagi. Bukan sekadar murah dan menjimatkan tetapi juga terdapat berbagai pilihan. Perut kenyang , dapat jimat kos belanja anda.

#Langkawi #MalaysiaTourism #PantaiCenang #NasiLemakRM1.20 #AbangMusafir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s