Onboard wifi bersama Wi-fly Etihad Airways

Menjejakkan kaki ke bumi turki pada musim bunga, kali ini abang musafir menaiki penerbangan Etihad Airways sebuah syarikat penerbangan berpusat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu . Penerbangan ini bukanlah penerbangan secara terus dari KLIA ke Istanbul. Jika anda menaiki Etihad Airways, anda perlu melalui transit di Abu Dhabi antara 2 hingga 4 jam kebiasaannya. 

5E8BEF26-7E92-4CBD-9070-1BDCE6901FD8

Kali ini abang musafir ingin berkongsi tentang perkhidmatan jalur lebar (internet/wifi) yang ditawarkan oleh Etihad Airways sepanjang penerbangan ini. Selain hiburan yang tersedia di televisyen/skrin di hadapan kerusi anda, Etihad airways juga turut menyediakan perkhidmatan wifi berbayar antara 5usd hingga 12usd untuk sepanjang penerbangan. Ia bergantung pilihan yang dibuat. Anda boleh memilih mengikut keperluan anda sendiri samada penggunaan secara heavy atau light. 

FE74EC5B-75A3-413F-8116-B24F31997FDF

Bagi pembayaran untuk mendapatkan perkhidmatan ini, anda boleh membuat pembayaran melalui kredit/debit kad ataupun paypal. Setiap pembelian perkhidmatan hanya sah untuk tempoh perjalanan sahaja. Kali ini abang musafir ke Turki dari Kuala Lumpur. Perjalanan dari KL-Abu Dhabi , transit di abu dhabi dan meneruskan perjalanan dari Abu Dhabi ke Istanbul.Misalnya jika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Abu Dhabi mengambil masa 7 jam , maka penggunaan hanya sah untuk 7 jam sahaja. Dan jika anda dari Abu Dhabi ke Istanbul selama 4 jam , maka penggunaan hanya untuk 4 jam sahaja.

Bagi abang musafir , perkhidmatan internet ini adalah keperluan bagi perjalanan yang memakan masa yang lama. Setidaknya anda tidak berasa bosan dan dapat mengakseskan laman sosial / saluran komunikasi sosial secara terus dengan keluarga seperti whatsapps,facebook dan lain-lain. 

1093CF81-17D5-48C1-BF45-C6014B1A1A10

Disini abang kongsikan cara-cara untuk melanggan perkhidmatan akses internet ini seperti bawah :

1)On wifi dan sambungkan dengan Etihad Wi-fly

2)Selepas sambungan, buka homepage http://www.etihadwi-fly.com di peranti anda

3)Buat Pilihan akses internet

4)Pilih jenis langganan

5)Masukkan maklumat bayaran dan lakukan pembayaran secara atas talian

6)Boleh mula menggunakan akses internet yang telah dilanggan.

Selamat mengembara bersama Etihad Airways, penerbangan 5 bintang yang selesa dan berpatutan. 

#AbangMusafir #AbuDhabi #EtihadAirways #BersamaMengembara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s