Akses ke Namba City dengan Nankai Rapid Express.

Negara matahari terbit, jepun merupakan negara yang paling abang musafir teruja untuk melawatinya. Kali pertama menjejakkan kaki ke osaka , jepun secara solo pada 2017 abang musafir merasakan jepun adalah negara yang tenang untuk dilawati. Masyarakatnya mesra dan suka membantu. Mungkin agak menjadi kesukaran dari segi komunikasi kerana kebanyakan rakyat jepun tidak begitu fasih berbahasa inggeris. Tetapi ia tidak begitu sukar kerana di jepun terdapat juga papan tanda berbahasa inggeris dan penggunaan aplikasi seperti google translate amat membantu. 

Jika anda terus ke Osaka , Jepun , anda akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai yang terletak di Osaka. Lapangan terbang ini terletak kira-kira 70km menuju ke kawasan tumpuan osaka iaitu Namba. Kebanyakan pelancong menjadikan Namba sebagai lokasi penginapan kerana ia terletak di tengah-tengah bandar osaka dan berdekatan dengan tarikan pelancong utama di osaka.

A430BCA1-265F-4211-AA53-DC6ED7844DB5
Kaunter tiket Tren Nankai Rapid Express

B2A473A2-E8B5-4EF3-8DF5-86C485A7747C

Walaupun jarak antara Lapangan Terbang Kansai boleh dikatakan agak jauh dengan Namba, anda boleh ke Namba dengan mudah menggunakan beberapa perkhidmatan pengangkutan yang tersedia seperti keretapi,subway ataupun bas. 

Kali ini abang musafir memilih untuk menggunakan perkhidmatan Nankai Rapid Express. Walaupun agak mahal sedikit dari subway dan bas , ia lebih selesa dan cepat berbanding yang lain. Harga tiket sehala dari Kansai Airport Station ke Namba Station juga berpatutan iaitu 1290 yen (RM50) dan hanya mengambil masa perjalanan hanya 35 minit sahaja. Dengan tren ini anda tidak perlu berebut dan berhimpit himpit dengan penumpang yang lain kerana telah tersedia no kerusi di tiket yang dibeli.

 

2423CD36-3904-4EBD-9589-292223C8D48C

Bagi anda yang tiba di Kansai Airport, selepas keluar dari pintu keluar balai ketibaan (arrival hall) , anda perlu terus ke Level 2F menuju ke Terminal 2 dimana terletaknya Kansai Airport Station. Anda boleh mendapatkan tiket Nankai Rapid Express di Kaunter JR Line (ada billboard besar di hadapan kaunter) atau boleh bertanya pada pekerja berbangsa jepun yang berada di mana-mana kaunter berhampiran. Tak perlu risau ,orang jepun disini amat ramah dan akan membantu anda hingga selesai. Jarak waktu setiap perlepasan ialah 30 minit dan ia akan berlepas tepat pada waktunya, anda disarankan untuk berada di platform 15 minit sebelum berlepas. 

Jom mengembara ke Bumi Matahari Terbit. 

#JapanTourism #Japan #Osaka #Travel #AbangMusafir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s