Disebalik Hospital Gonjiam, Gwangju . Seoul Korea

Hospital Gonjiam merupakan hospital pesakit jiwa yang terletak di Gwangju, Seoul Korea. Salah sebuah hospital pesakit jiwa yang sangat terkenal di Korea setelah penutupan sekitar tahun 90an selepas beroperasi selama belasan tahun. Selain terkenal sebagai sebuah hospital yang memperolehi beberapa anugerah dan pencapaian yang baik, terselit kisah yang sehingga kini tiada siapa mengetahui kesahihannya. Korang nak tahu apa kisahnya?.

Seorang doktor dan “dikatakan” sebagai pemilik hospital ini telah mengalami satu situasi yang agak aneh untuk difahami. Ia dikatakan telah bertindak diluar jangkaan dan menyebabkan suatu kejadian yang aneh berlaku. Segalanya bermula selepas kematian satu persatu pesakit di dalam hospital ini. Pesakit di hospital ini dikatakan mati ke semuanya. Selepas penyiasatan dilakukan oleh pihak berkaitan, namun masih belum ada kepastian sebab berlakunya kematian keatas kesemua pesakit. Terdapat beberapa penceritaan yang lain mengatakan pesakit di hospital ini diseksa dan diletakkan di dalam gerigi penjara. Ada yang turut mengatakan bahawa pemilik hospital ini mengalami masalah jiwa sehingga bertindak sedemikian dan meninggalkan hospital ini tanpa pengurusan sekitar tahun 1996.

Keadaan sekitar hospital kini tidak terurus dengan bersemak samun dan tumbuhan menjalar di dinding hospital. Namun begitu beberapa individu yang pernah hadir ke hospital ini dapat melihat keadaan dalaman seperti baju doktor yang tergantung dan buku-buku yang masih tersusun di atas rak. Selain itu juga, kelihatan juga tulisan di dinding hospital yang seakan baru dan tertulis tentang “bahaya” berada di dalam hospital ini seperti memberi amaran sesuatu. Mungkin ia adalah perbuatan vandalisme atau ada sesuatu yang ingin disampaikan 😌 .

Bukan itu sahaja, masyarakat sekitar sering terdengar suara tangisan yang dipercayai datang dari hospital itu dan umumnya mereka merasakan tangisan itu adalah datangnya dari kesan seksaan yang dihadapi oleh pesakit di hospital itu sewaktu dahulu (kepercayaan masyarakat korea).

Kisah kematian misteri para pesakit di hospital Gonjiam ini menarik minat ramai pihak untuk mengetahui kisahnya dengan lebih mendalam termasuklah abg musafir sendiri. Bagi abg musafir, ia sangat memilukan dan sukar untuk diterima oleh para waris pesakit dengan apa yang terjadi. Pada 19 april 2018, sebuah filem korea yang berkisarkan tentang hospital Gonjiam ini telah ditayangkan panggung wayang Malaysia. Mungkin ia hanya sekadar garapan dan hiburan semata, namun penceritaannya memberi kesan sangat yang mendalam. Jika korang ingin merasai sendiri pengalaman seperti seakan akan korang menjejakkan kaki di hospital gonjiam , korang boleh pergi ke panggung wayang berdekatan. Bagi abg musafir jalan cerita dan persembahan yang sangat menarik. Abg bagi 4.9/5 .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s