Membeli belah di Ximending , Taipei. Taiwan

Bab shopping adalah diantara perkara perlu ada dalam itineri. Sesiapa pun yang pergi travel mesti nak singgah di tempat membeli belah yang beraneka barang dan murah. Lagi cun kalau tempat membeli belah itu ada barang yang hanya terdapat di negara itu je. Baru boleh kita cari barang rare dan bagi menyimpan barangan rare memang suka kalau ada tempat macam ni. Selain barang rare, kebiasaan barangan lain atau cenderahati yang selalu dibeli ketika pergi ke sesebuah negara diantaranya ialah key chain, fridge magnet, piring ( stand plate ) dan lain-lain.

Waktu abg musafir ke Taipei iaitu Ibu negara Taiwan, salah satu tempat membeli belah yang abg musafir singgah ialah Ximending Night Market. Ximending Night Market ni antara kawasan membeli belah yang meriah di Taipei. Disini korang boleh dapatkan barang-barang seperti pakaian,kasut,aksesori talifon,beg,produk kecantikan,cenderahati dan lain-lain. Barangan disini lebih pelbagai dan sangat meriah menjelang tengah malam.

night-scene-ximending-taiwan-taipei-march-source-s-fashion-subculture-japanese-culture-people-can-51948193
Suasana Ximending Night Market di sebelah malam

Bukan hanya terkenal sebagai tempat membeli belah , Ximending juga terdapat beberapa peninggalan sejarah sewaktu pendudukan jepun di Taipei , Taiwan. Antara peninggalan sejarah ialah Ximending Mazu Temple serta Red House Theather yang pada awal mula pembuatannya digunakan sebagai sebuah pusat perniagaan.

redtheatre
Red House Theather

Selain terkenal dengan jualan barangan yang beraneka, Ximending juga terkenal dengan “Street Food” nya. Bagi sesetengah pelancong yang meminati “Street Food” taiwan, mereka akan datang ke sini dan menikmati pelbagai jenis makanan yang dijual.

33635044475_3139aa0505_c.jpg

Kebanyakan “street stall” di sini tanpa lesen perniagaan. Jika korang sedang menunggu makanan yang sudah dipesan dan secara tiba-tiba penjual hilang , korang jangan panik sebab penjual tu akan datang balik. Penjual-penjual ni akan lari bila terlihat penguatkuasa datang dan selepas penguatkuasa beredar, mereka akan datang semula. Jadi korang tunggu je ok.

Untuk ke kawasan membeli belah Ximending ni , terdapat pengangkutan awam yang banyak akan ke sini seperti bas dan MRT. Korang boleh klik (laluan MRT ke Ximending) sebagai panduan laluan MRT ke Ximending Night Market ni. Korang boleh beli tiket di kaunter Stesyen MRT atau dapatkan Pass harian yang disediakan (akan abg musafir berikan link untuk beli pass MRT ni nanti). 

Jadi jangan lupa singgah di Ximending Night Market kalau korang ke Taipei,Taiwan.

#TaiwanTourism #Taipei #AbangMusafir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s