Menginap di Hotel Trad, Osaka . Japan

Assalamualaikum,

Kali kedua abang musafir ke negara matahari terbit dan kali kedua juga abang ke Osaka yang terletak di Daerah Kansai. Di jepun, penginapan memang tiada masalah dan boleh dikatakan ke semua penginapan di jepun adalah sangat baik. Tidak kiralah korang menginap di backpacker Hostel atau pun hotel bertaraf bintang, ia tetap menjanjikan pengalaman yang manis untuk korang bila korang berada di Jepun.

Hospitility atau layanan di jepun adalah antara yang terbaik di dunia. Mereka akan melayani anda dengan senyuman dan ramah tamah. Buat kali ini abang menginap di sebuah hotel 3 star yang terletak begitu hampir dengan Stesyen Subway Tsuruhashi (Tsuruhashi Station). Jarak antara hotel dan stesyen subway hanya 500 meter dengan jarak berjalan kaki mengambil masa 5 ke 8 minit. Amat mudah bagi anda yang datang ke jepun dan sering menggunakan keretapi/subway.

Kintetsu_Tsuruhashi_Station_(22091873961)
Tsuruhashi Station

Disini tersedia wifi secara percuma. Hotel ini boleh abang musafir katakan sebagai Hotel+Apartment. Konsepnya seakan apartment , layanannya seperti Hotel. Ini kerana di setiap bilik tersedia kelengkapan seperti ruang dapur untuk memasak. Bagi korang yang melancong untuk kos yang jimat, tentu sekali memasak ada sangat penting kerana kos makan di restoran sekitar jepun agak mahal antara 850 yen ke 1500 yen (paling murah) iaitu antara RM30 ke RM50 bagi setiap hidangan. Selain itu juga, hotel ini tersedia dobi di Tingkat 1 bagi kegunaan harian dengan bayaran 100 ke 130 yen (RM4) sekali basuh. Jadi korang tak perlu bawa baju terlalu banyak jika menginap di sini dalam jangka masa yang lama.

Sarapan pagi juga tiada masalah disini. Kalau malas nak masak , korang boleh bersarapan pagi di Cafe Lobi Hotel. Sarapan ini kebiasaannya telah termasuk dalam harga bilik untuk 2 orang. Ada tersedia beberapa makanan vegetarian dan ikan. Konsep sarapan di sini ialah makanan tradisional jepun iaitu Ochazuke. Ochazuke merupakan sup nasi yang dicampur bersama beberapa campuran lain seperti Sardin,Salmon,telur,sayur-sayuran dan lain-lain. Campuran-campuran ini korang boleh ikut pilih dan citarasa masing-masing.

Salmon-Ochazuke_MIXA_Getty_Images-56a541815f9b58b7d0dbece1
Ochazuke

Harga bilik berdua adalah antara RM250 ke RM500 (bergantung kepada musim). Bilik agak luas dengan tersedia 2 katil single (europe size) jadi boleh dikatakan seperti ada 2 katil double di dalam bilik dan memuatkan 4 orang sebilik. Korang boleh layari klik di sini (hotel-trad.com) atau kalau nak murah korang boleh juga layari booking.com atau platform-platform booking online yang lain.

Apepun abang musafir harap entri kali ini dapat membantu serba sedikit perancangan korang untuk ke bumi matahari terbit ini.

#AbangMusafir #HotelTrad #Osaka #TsuruhashiStation #HotelJapan #TourismJapan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s