Ayam Rendang tak “CRISPY” ?

Assalamualaikum,

Baru-baru ini telah viral tentang isu “Ayam Rendang Not Crispy”. Kisahnya seorang peserta pertandingan Master chef telah menyediakan sebuah hidangan tradisional masyarakat melayu iaitu “Nasi Lemak Ayam Rendang”. Jadi apa sebenarnya yang berlaku?.

Juri bagi program ini telah memberikan kritikan ataupun komen yang agak pelik dimana dia menyatakan hidangan tersebut tidak begitu baik. Antara kritikannya ialah Ayam Rendang yang dimasak tidak “crispy”. Apa kaitannya Crispy dengan Ayam Rendang?. Dan kerana hidangan yang kurang memuaskan ini, peserta itu telah tersingkir dari program tersebut. Sebab tak “crispy”.

the-skin-is-not-crispy-says-uk-masterchef-judge-to-lady-who-cooked-rendang-world-of-buzz

Abang Musafir cuba positifkan diri bila mengetahui tentang ”viral” ini. Mungkin chef tu tak dapat beza antara KFC dan Rendang Ayam atau mungkin ini peluang syarikat “fastfood” diluar sana untuk buat menu baru iaitu Ayam Crispy bersama Kuah Rendang Ayam yang disiram melimpah diatasnya. Apa lagi bila dah tular (viral) tentang isu ini, maka ramailah yang memberi pendapat,hujah dan ada juga yang memerli. Tidak ketinggalan juga tokoh-tokoh politik tanah air turut “join” sekaki dengan isu ini.

images (1)

images

Dalam masa yang sama di media sosial abang musafir lihat ada beberapa iklan yang “memerli” tentang isu ini. Korang tengok kat bawah ni.

Macam-macam hal. Masyarakat dunia sekarang ni semakin kreaktif terutama sekali masyarakat malaysia. Kalau bab viral memang no 1. Masing-masing ada hujah dan pendapat.

Apapun abang suka untuk melihat isu yang tular (viral) ini sebagai satu perkara yang memperkenalkan menu hidangan Malaysia,Singapura dan Indonesia ini pada masyarakat dunia. Memang dari dulu bumi Asia Tenggara khususnya terkenal dengan rempah ratus yang kebanyakannya tidak terdapat di negara Eropah sehinggakan suatu ketika dahulu mereka pernah datang ke sini untuk mendapatkan rempah ratus yang ada di sini.

Abang harap walaupun sebanyak mana percanggahan pendapat antara kita , kita perlu saling menghormati antara satu sama lain. Setiap yang tular (viral) itu kita lihat dari sudut yang baik-baik je okey.

#AyamRendangNotCrispy #AbangMusafir #ChickenRendangNotCrispy #Masterchef #Food

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s