Berdiri di eskalator Jepun

Assalamualaikum,

Entri abang musafir kali ini mungkin agak mengelirukan. Osaka dan Tokyo adalah dua buah negeri yang berada di wilayah berbeza. Osaka berada di wilayah Kansai manakala Tokyo terletak di wilayah Kanto. Walaupun di bawah satu negara yang sama iaitu jepun , namun ada keunikan budaya dan disiplin yang berbeza.

Kalau korang yang sudah pergi ke Jepun tentu dah perasan tentang perbezaan ini atau mungkin korang tak perasan ?. Terutama mereka yang biasa backpacker ke Jepun, naik turun keretapi,tram dan subway mesti korang pernah terlihat sesuatu. Apakah?.

Posisi berdiri ketika di atas eskalator

Jika korang ke Osaka , pernah tak korang perasan yang kedudukan berdiri ketika menaiki atau menuruni eskalator adalah di sebelah kanan?. Pertama kali abang ke osaka, abang agak janggal juga. Pada mulanya nak menunjukkan contoh yang baik kepada bangsa jepun yang rakyat malaysia juga berdisiplin , jadi abang pun berdiri di sebelah kiri ketika menaiki eskalator. Sedang elok berdiri tiba-tiba orang di belakang seperti nak bergegas. Semua ke sebelah kiri eskalator. Abang pun kelam kabut la juga waktu tu. Mula-mula agak pelik tapi bila dah keluar dari kawasan eskalator barulah abang perasan yang di Osaka jika kita mahu berada dalam keadaan hanya berdiri, kita perlu berada di sebelah kanan eskalator dan memberi laluan pada orang lain di sebelah kiri.

tokyo-osaka

Lain pula di Tokyo, tak jauh bezanya dengan kedudukan berdiri di eskalator seperti di Malaysia iaitu berdiri di sebelah kiri dan memberi laluan di sebelah kanan. Jadi mudah untuk kita memahami.

Mengapa perkara ini berlaku?

Wilayah Kanto = Samurai , Wilayah Kansai = Perdagang.

Formula diatas mungkin korang masih tak faham kan. Ok. Abang musafir nak cerita ni. Al-kisahnya suatu ketika dahulu Wilayah Kanto telah sempat dikuasai oleh pengaruh Kaum Samurai yang sangat mendalam. Kaum samurai kebiasaannya memilih berada di sebelah kiri orang asing kerana bagi memudahkan mereka mengeluarkan pedang jika terjadi sesuatu.

Tetapi berbeza di Wilayah Kansai ketika itu. Wilayah kansai terkenal dengan pusat perdagangan dan para peniaga. Mereka gemar berada di sebelah kanan kerana kebiasaannya mereka akan mengeluarkan duit dari poket sebelah kanan dan menggunakan tangan kanan. Maka bagi menjaga wang/harta, maka mereka akan berada di sebelah kanan ketika bertemu orang asing. Unik !

Mungkin kisah ini pernah didengari sebilangan orang. Abang musafir pula pernah berbual dengan seorang penduduk wilayah kansai di Osaka dengan menanyakan perihal ini. Kisahnya sama seperti diatas.

empty-samurai-suit-16496-1920x1080

Samurai Pengaruhnya yang sangat meluas.

3

 

#AbangMusafir #Kansai #Kanto #Japan

One Comment Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s