Samurai Pocket Wifi

Assalamualaikum.

Kalau anda travel ke mana-mana destinasi mesti perkara pertama yang anda perlukan ialah wifi / data internet kan?. Nak dapat free public wifi bukannya mudah. Bagi yang jenis solo trip memang perlu wifi/pocket wifi.

First solo trip abang musafir ke Negara Matahari Terbit, iaitu Osaka,Japan. Perkara pertama yang dok fikir wajib ada ialah pocket wifi. Sangat perlu sebab sekarang ni segalanya di hujung jari. Nak cari apa-apa info berkaitan setidaknya bila ada pocket wifi ni dapat membantu melancarkan perjalanan sesebuah trip tu.

Cara-cara dan kadar sewaan

Kali ni abang musafir try Samurai Pocket Wifi. Harga sewaan dalam RM20/hari untuk seluruh jepun. Kalau negara lain , korang boleh tengok di http://www.samuraiwifi.com.my. Lain negara lain harga sewaannya dan bergantung berapa hari korang menggunakannya. Modem pocket wifi ni korang boleh ambik secara terus di kaunter KLIA/KLIA2 waktu sebelum perlepasan. Isi borang dalam website , dan collect kat airport. Bayar time collect modem di airport je. Mudah.

Wifi yang stabil

Bila cakap bab line internet yang stabil , bagi abang musafir pocket wifi samurai ni memang overall tiada masalah. Tak kiralah korang berada di dalam subway , dalam bangunan atau ceruk kampung mana sekalipun di jepun , internet masih laju dan boleh digunakan dengan lancar. Cuma korang kena pastikan modem pocket wifi dicaskan terlebih dahulu sebelum digunakan. Paling best untuk sebuah pocket wifi ini boleh dikongsi bersama 5 peranti dalam satu masa. Jadi kalau trip berkumpulan memang best. Tak perlu risau bab internet ni. Kongsi dengan kawan-kawan dalam satu kumpulan. RM20/hari/5 peranti = RM 4 / satu peranti / seorang. Murah dan unlimited access. Wah.

Macam abang musafir sewaktu 8 hari trip di Osaka, memang sangat memerlukan penggunaan internet yang stabil sebab banyak menggunakan google map, cari restoran halal dan info berkaitan tempat lawatan (waktu operasi). Adanya pocket wifi ni, tak risau sangat untuk pergi ke destinasi yang sudah dirancang dalam itinery.

Jadi apa lagi , jom berSAMURAI WIFI. Layari www.samuraiwifi.com.my

#AbangMusafir #SamuraiWifi #PocketWifi

Samurai-Poket-Wifi-Visiondata

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s