Kalau anda mengembara

Mengembara tak pernah mengenal destinasi yang dituju. Samada anda ke sebuah kawasan terpencil ataupun ke sebuah bandar penuh moden. Apa yang anda tahu hanya ingin mengembara. Kalau anda mengembara apa yang anda akan perolehi darinya. Rasa puas dengan pengembaraan atau rasa teruja bila pergi ke suatu tempat. Setiap manusia mengalami keadaan berbeza.

Pertama kali mengembara, saya menjejakkan kaki ke sebuah kota padang pasir iaitu Arab Saudi untuk mengerjakan umrah. Rasa yang mula-mula hadir ialah rasa teruja nak naik kapal terbang. Perjalanan dari Malaysia ke Arab Saudi ambil masa sekitar 8 jam. Kapal terbang bergegar pun saya suka. Teruja punya pasal.

Mendarat di Arab Saudi , Lapangan Terbang Madinah. Perkara pertama keluar dari poket seluar ialah kamera. Padahal waktu tu saya dalam kawasan larangan iaitu kaunter imigresen Arab Saudi. Dengan selamba ambil gambar sana sini. Tiba-tiba datang orang berjubah putih minta kamera saya dan panggil saya ke sebuah bilik. Dia cakap arab. Memang tak faham. Dia buat isyarat padam gambar. Saya pun padam. Itulah apa yang saya rasa bila mengembara pertama kali. Teruja.

Belajar dari pengalaman. Kalau anda mengembara, apa yang anda rasa dan perolehi?.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s